Netizen terkejut dapat tahu Zarina Anjoulie rupanya cucu kerabat diraja

Netizen terkejut dapat tahu Zarina Anjoulie rupanya cucu kerabat diraja

Netizen terkejut dapat tahu Zarina Anjoulie rupanya cucu kerabat diraja. Baru-baru ini, pelakon sensasi Zarina Anjoulie dilihat membawa kekasih Datuk Sri Khazrul Elzey datang melawat keluarga sebelah bapanya.

Yang menarik perhatian, rupa-rupanya Zarina atau lebih mesra disapa Anju merupakan cucu kepada kerabat diraja negeri Kelantan iaitu Y.M Tengku Datuk Farida Ibni Sultan Ibrahim.

“Keluarga sebelah bapa Anju. Terima kasih Daddy Fahizul bawa saya bertemu nenda Anju, Y.M Tunku Datuk Farida Ibni Sultan Ibrahim,” katanya.

Netizen terkejut dapat tahu Zarina Anjoulie rupanya cucu kerabat diraja

Nenda kepada Anju turut memberi nasihat untuk banyak bersabar kepada Elzey apabila sudah berumah tangga dengan cucunya, kelak.

“Terima kasih Mak Engku (nenda) nasihat Mak Engku kepada anakanda ‘Kalau Anju marah anakanda keluar sekejap rumah jangan lawan jangan gaduh kena bersabar’. InsyaAllah Nenda, anakanda akan menjaga Anju cucu nenda dengan baik,” ujarnya terima nasihat yang diberikan.

Dalam pada itu, dia juga berterima kasih diterima baik oleh keluarga Anju.

“Terima kasih kepada Tengku Cik, Nik Fazirudean dan Nik Faris. Thank you very much to wish me welcome in your family’s. I love you all till Jannah,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut dibuat menerusi TikTok milik Elzey dan bahagian komen telah ditutup olehnya.

Baca Lagi:
Peguam Hafidzah akhirnya buka mulut kenapa tarik diri dari Siti Bainun
Dikatakan tidak pandai cakap Melayu, rupanya ini sebab kenapa Cess anak Alif Syukri suka speaking
Gaji pekerja di Malaysia dijangka naik setinggi 20 peratus tahun 2023
CATEGORIES