Netizen tak terkejut ‘outfit’ pemuda umur 22 tahun bernilai RM800,000, ini sebabnya…. Jika anda kerap menggunakan media sosial, pasti anda pernah melihat konten di mana pencipta kandungan bertanya-tanya tentang harga pakaian dan barang yang dipakai oleh seseorang pada masa itu.
Baru-baru ini, seorang pencipta kandungan di TikTok bertemu dengan seseorang di sekitar The Garden Mall. Dia kemudian bertanya kepada lelaki tersebut berapa harga keseluruhan pakaian dari kepala hingga kaki.
Pemuda berusia 22 tahun itu kemudiannya menyenaraikan semua barang yang dipakai, dari rantai hingga selipar. Walaupun kelihatan ringkas, semua barang yang dipakai adalah jenama mewah seperti Dior, Bulgari, Hermes dan Bell&Ross.
Jumlah harga keseluruhan pakaian yang didedahkan itu sangat mengejutkan pemerhati dan juga netizen yang menonton, kerana ia hampir mencapai RM1 juta.
Walaupun barangan dan pakaian yang dipakai berasal dari jenama terkemuka, netizen tetap berpendapat individu tersebut tidak mempunyai kelas kerana kelihatan seperti orang biasa dan murahan sahaja.
@samwongsx 22岁 RM900k 穿搭!💰😳🤯 22 y/o with RM900k outfit in Malaysia! 【目前最贵穿搭!】 久违穿搭多少钱系列回来了!!这一次在 The Gardens 随机访问两位大马小哥哥,猜猜看他们的穿搭一共多少钱呢? 🤔 How much is your outfit worth series is back! This time at The Gardens I interviewed 2 of them, guess how much is their total outfit worth? 目前这组穿搭,是我目前访问最贵的穿搭!!谁可以来挑战他们的穿搭呢?THIS IS THE RECORD BREAKING OUTFIT 🤯🤯 #streetinterview #interview #streetinterviews #吉隆坡 #kualalumpur #马来西亚 #malaysia #穿搭 #每日穿搭 #fyp #foryoupage #samwongsx #samwong #街访 #🇲🇾 ♬ original sound – Sam Wong
Ramai merasakan pembelian barangan berjenama merupakan pembaziran jika tidak pandai digayakan dengan betul. Ini kerana banyak individu yang membeli barangan atau pakaian kerana jenama sahaja tetapi masih gagal mencapai imej kelas yang diharapkan.