Netizen tak setuju dengan kenyataan terbaru penulis surat layang arwah Zulfarhan. Penulis surat layang dalam kes pembunuhan arwah Zulfarhan, Aiman Aufa, telah memuat naik satu foto di media sosial yang menunjukkan kenangan semasa dia menuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Melalui Instagram, antara foto-foto yang dimuat naik oleh Aiman, terdapat satu gambar yang menunjukkan wajah arwah Zulfarhan yang kelihatan gembira bersama rakan-rakannya.
Dalam kapsyen yang ditulis Aiman, dia meluahkan rasa penghargaan terhadap UPNM kerana telah banyak mengajarnya dari segi ilmu pengetahuan dan kehidupan.
Bukan itu sahaja, dia juga dilihat tidak bersetuju dengan pandangan orang ramai yang mendakwa UPNM telah melahirkan pembunuh hanya kerana enam pelaku yang terlibat dalam pembunuhan Zulfarhan semasa menuntut di sana.
Jika benar UPNM melahirkan pembunuh, tidak mungkin senior dan junior boleh berkumpul dan makan bersama di meja yang sama. Jujurnya, sehingga kini saya masih berhubung rapat dan bekerja bersama dengan senior-senior saya semasa di UPNM dahulu.
Walau bagaimanapun, netizen masih tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana merasakan pihak UPNM turut bersalah dalam kes pembunuhan Zulfarhan.
Ada juga yang berpendapat bahawa universiti tersebut seolah-olah tidak mempedulikan arwah sewaktu beliau dalam kesakitan serta lambat mengambil tindakan, yang akhirnya menyebabkan kematian pelajar itu.