Netizen syak Norman Hakim ada teman wanita baru, rupanya ini latar belakang wanita dipimpin tangan Norman semasa keluar bank

Netizen syak Norman Hakim ada teman wanita baru, rupanya ini latar belakang wanita dipimpin tangan Norman semasa keluar bank

Netizen syak Norman Hakim ada teman wanita baru, rupanya ini latar belakang wanita dipimpin tangan Norman semasa keluar bank. Pelakon Norman Hakim, 47, menceritakan kisah lucu dirinya disangka memiliki kekasih baharu gara-gara memimpin tangan anaknya Marissa Dania, 17, sewaktu membuat urusan bank, baru-baru ini.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon berkata kejadian itu berlaku apabila seorang lelaki berusia menegurnya kerana curiga mengenai hubungan mereka.

Netizen syak Norman Hakim ada teman wanita baru, rupanya ini latar belakang wanita dipimpin tangan Norman semasa keluar bank

“Ada cerita ‘kelakar seram! Ada orang ‘suspek’ yang saya berjalan dengan teman wanita. Siang tadi sebelum masuk pejabat, bawa Marissa Dania buka akaun bank. Bila keluar dari bank, macam biasa saya jalan pimpin tangan dia.
“Masa nak sampai kat kereta, ada seorang abang atau pak cik ini tegur. Dia cakap suka tengok personaliti dan cerita keluarga saya. Mukadimah abang ini agak baik, tapi bila kat tengah-tengah nada dah macam tarbiah.
“Sambil mata dia jeling-jeling curiga kat Dania. Kemudian dia cakap ambillah iktibar dari kes-kes artis sekarang ini. Kata hati saya dah tak ‘best’. Saya agak abang ini dah ‘misinterpreted’ (salah faham) dan tak husnuzon,” katanya.

Netizen syak Norman Hakim ada teman wanita baru, rupanya ini latar belakang wanita dipimpin tangan Norman semasa keluar bank

Sebelum keadaan jadi lebih merisaukan, Norman berkata dia cepat-cepat patahkan kecurigaan lelaki terbabit dan jelaskan siapa sebenarnya Dania.

“Saya terus mencelah dan tanya abang itu nak pergi bank jugakkah? Dalam bank agak ‘clear’ tak ramai orang. Saya baru lepas selesaikan urusan bukan akaun bank untuk anak saya ini.

“Dia jawab, oh anak. Rupanya sudah besar ya anak. Saya ingat siapa tadi?” katanya mengimbas dialog perbualan lelaki terbabit.

Norman berkata dia juga cuba husnuzon saja kerana beranggapan mungkin lelaki itu tak memiliki media sosial dan hanya mendengar cerita mengenainya dari orang lain.

Baca Lagi:
Kisah Azura Luna perempuan yang tipu anak Presiden AS Joe Biden hingga diburu Interpol
Aku izinkan suami berpoligami dengan isteri muda bergetah, tiba-tiba malam pertama dia meroyan nak aku balik, rupanya…
Rupanya Sardin Ayam Brand milik orang Perancis bukan milik Malaysia?
CATEGORIES