Netizen sarankan Sophia AlBarakbah ‘mengorat’ Kazar

Netizen sarankan Sophia AlBarakbah ‘mengorat’ Kazar

Netizen sarankan Sophia AlBarakbah ‘mengorat’ Kazar. Baru-baru ini, hangat diperkatakan apabila pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan seorang aktres yang bergandingan dengan suaminya mengakui menyukai Aliff Aziz.

Susulan pendedahan tersebut, akaun Instagram pelakon Sophia AlBarakbah diserang netizen kerana didakwa sebagai ‘wanita penyondol’ dalam rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Malah, media sosial aktres jelita itu turut menjadi perhatian ramai. Menerusi ruangan komen video dikongsikan Sophia, netizen berseloroh meminta aktres itu ‘try’ bapa kepada Ira Kazar iaitu Kazar Saisi.

Netizen sarankan Sophia AlBarakbah 'mengorat' Kazar

Turut menjadi perhatian apabila ada yang bergurau supaya Sophia memikat suami kepada Puteri Sarah dan Ira Kazar iaitu Syamsul Yusof.

Netizen sarankan Sophia AlBarakbah 'mengorat' Kazar

Sebelum ini di Instagram, rata-rata netizen memberikan pesanan buat Sophia supaya tidak mengganggu suami orang. Malah, ada yang meninggalkan komen pedas meminta tidak menjadi ‘penyondol’.

Baca Lagi:
Penyanyi Lan A to Z terkenal dengan lagu ‘Itik Gembo-Gembo’, begini keadaan beliau sekarang
Orang Sarawak bakal jadi kaya-raya, ulat ‘kayangan’ berharga RM600 sekilo ditemui atas jalan
Pelakon Zaidi Omar dedah rumahnya tak ada gula, hanya minum air kosong
CATEGORIES