Netizen komen ‘kenapa tak cantik macam dulu’, tak sangka Mawar Karim balas dengan satu pendedahan mengejutkan orang ramai

Netizen komen ‘kenapa tak cantik macam dulu’, tak sangka Mawar Karim balas dengan satu pendedahan mengejutkan orang ramai

Netizen komen ‘kenapa tak cantik macam dulu’, tak sangka Mawar Karim balas dengan satu pendedahan mengejutkan orang ramai. Mengakui kehidupannya kini lebih bahagia, usahawan Mawar Karim memberi bayangan seolah-olah sebelum ini dia banyak menanggung kehidupan keluarga ketika masih berstatus isteri orang.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun kata-kata tersebut seakan-akan ditujukan kepada individu yang pernah bertakhta dalam hatinya.

“Alhamdulillah hidup sekarang lebih bersyukur dan tenang sebab duit tak habis lesap. Kalau berbanding dulu faham-faham sendirilah. Takkan nak cerita satu dunia apa yang saya kena tanggung selama itu.

Netizen komen 'kenapa tak cantik macam dulu', tak sangka Mawar Karim balas dengan satu pendedahan mengejutkan orang ramai

Mawar balas komen pedas netizen.

“Yang penting kita tak kena tipu atau dipergunakan selama ini pun sudah Allhamdulillah,” katanya.

Netizen komen 'kenapa tak cantik macam dulu', tak sangka Mawar Karim balas dengan satu pendedahan mengejutkan orang ramai

Mawar, 34, berkongsi perkara tersebut ketika menjawab komen seorang individu yang mengatakan dia tidak lagi secantik seperti mana ketika dia dan Fizo masih bergelar pasangan suami isteri.

Dalam masa sama, dia juga turut menyelar tindakan individu itu yang menggunakan akaun media sosial palsu semata-mata untuk menyerangnya.

Bukan itu sahaja menerusi komen yang ditulis, individu itu turut mengaitkan Fizo dengan memuji kehidupan aktor itu kini dilihat lebih bahagia bersama isteri bagi perkahwinan keduanya iaitu Fazeera Nazri.

“Awak punya komen pun ‘sedih’ pakai fake account. Pakai je real account sebab kita boleh check la sekarang ini. Masalahnya awak tahu ke saya tak bahagia?

“Rasa dah lama tak bagi motivasi. Kita mula Februari (2023) dengan Bismillah… Apa pun nasihat saya jangan kesiankan orang, kesian diri sendiri kalau nak happy,” tulisnya.

Untuk rekod Mawar dan Fizo mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.

Mereka kemudian bercerai selepas Fizo melafazkan talak satu terhadap Mawar di Mahkamah Rendah Syariah, Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Kemudian pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan Fazeera pada Oktober 2021.

Netizen komen 'kenapa tak cantik macam dulu', tak sangka Mawar Karim balas dengan satu pendedahan mengejutkan orang ramai

Fizo dan Mawar kini bahagia dengan kehidupan masing-masing lepas berpisah.

Mereka memiliki seorang cahaya mata, Wan Khaleeda yang baru berusia tujuh bulan dan Fazeera kini sedang hamil anak kedua.

Selepas penceraian itu Mawar pula dikatakan hidup bermadu selepas berkahwin dengan ahli perniagaan bergelar Datuk sekitar awal tahun lalu dengan majlis diadakan di Bukit Tinggi, Pahang.

Dia bagaimanapun menafikan desas-desus itu.

Baca Lagi:
Wanita ini hairan orang ramai hon banyak kali, rupanya kena pedajal dengan member
Rezeki pekerja lori sampah, ahli perniagaan tersilap buang plastik hitam berisi wang tunai RM90,000
Tular gambar Bung Moktar main judi bersama dengan cip bernilai RM50,000 dan RM10,000 atas meja
CATEGORIES