Netizen kecam Caprice, ‘berak pun kena ambil gambar ke’

Netizen kecam Caprice, ‘berak pun kena ambil gambar ke’

Netizen kecam Caprice, ‘berak pun kena ambil gambar ke’

Sebelum ini, penyanyi rap, Caprice mendedahkan isterinya, Farra Inalis menerima rawatan dipercayai mengalami gangguan sihir. Malah, Caprice turut meminta bantuan ramai bagi mengubati penyakit misteri itu.

Terbaru, perkongsian Caprice mengejutkan ramai apabila memuat naik video tarian Marry Me yang menjadi trend di media sosial.

Menerusi video itu, isterinya dilihat menari sambil memegang beberapa jenis perisa vape. Namun, apa yang lebih menjadi perhatian, Caprice duduk di tandas sehingga mendedahkan aurat bahagian pahanya.

Perkongsian video itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang mendakwa rakaman di tandas itu tidak manis dipaparkan.

Kata netizen lagi, aurat lelaki sememangnya selepas lutut sahaja tetapi bukannya menutup lutut sebaliknya mendedahkan bahagian paha.

Dalam pada itu, ada yang meninggalkan komen meminta video itu dipadam sebelum penyanyi rap itu dikecam teruk oleh netizen.

Netizen kecam Caprice, 'berak pun kena ambil gambar ke'

Baca Lagi:

Ini kesan akan terjadi kepada negara jika mansuhkan hukuman mati mandatori

Kasihan petani, tanaman padi rosak akibat dipijak sesuka hati oleh pelancong

Wanita dedah duit RM14,360 kena curi dalam bank tanpa TAC

CATEGORIES