Netizen Indonesia ‘claim’ persembahan LIMA’23 milik mereka undang reaksi netizen Malaysia

Photo of author

By Joe

Netizen Indonesia ‘claim’ persembahan LIMA’23 milik mereka undang reaksi netizen Malaysia. Persembahan pasukan akrobatik udara Al-Fursan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) semasa Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) kembali tular di media sosial hari ini.

Menurut laman Asean Skyline, klip video tersebut kembali tular selepas netizen dari Indonesia menyatakan bahawa ia merupakan persembahan sempena Hari Kebangsaan negara mereka beberapa hari lalu.

“Masya-Allah, mempersonakan sampai mati pun Indonesia adalah negeriku yang paling kucintai. Luar biasa, hidup TNI AU (Tentera Negara Indonesia Angkatan Udara),” kata penduduk Indonesia, Maya Kurnia.

Netizen Indonesia 'claim' persembahan LIMA'23 milik mereka undang reaksi netizen Malaysia

Hantaran itu turut dikongsi oleh individu lain, yang memperkecilkan keupayaan Malaysia dengan mendakwa bahawa negara kita tidak mampu melakukan persembahan seperti itu.

“Malaysia otak tumpul, mana boleh lakukan seperti ini,” tulis seorang pengguna media sosial.

Namun, rata-rata warga Malaysia kelihatan tenang dan menjelaskan bahawa klip video tersebut sebenarnya adalah salah satu persembahan di LIMA’23.

“Ini salah satu persembahan di LIMA’ tahun lepas. Letih la semua nak ‘claim’ (tuntut) hak mereka. Kadang-kadang perkara ini yang buat mereka malu sendiri,” kata Husaiani Adlan.

“Bilalah mereka nak berlapang dada? Kenapa perlu ‘claim’ hak kita sebagai hak mereka? Cukuplah dengan mentaliti negara dunia ketiga,” seloroh Hafiz Hasbulloh.

Baca Lagi:
“First time tengok buaya pakai ‘pampers’”- Lelaki ini perkenal satu-persatu nama buaya tanpa ekor buat ramai terhibur
“Ni real bukan edit”- Pekerja kapal terkejut lihat fenomena belalai air di tengah laut
Luar mangga dalam isi tembikai, baka jenis apa ni?