Netizen dedah Shuib curang ketika arwah Siti Sarah masih hidup, siap ada video Watie main golf dengan…. Pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad baru-baru ini mengumumkan bahawa dia bakal melangsungkan perkahwinan bersama kekasih hatinya yang juga ahli perniagaan, Watie Hanifiah pada Jun ini.
Shuib turut memberikan kenyataan kepada media tempatan bahawa persiapan untuk majlis perkahwinan mereka telah siap sebanyak 30 peratus, malah dewan untuk majlis perkahwinan juga telah ditempah.
Walaubagaimanapun, tular khabar angin di media sosial, yang menyatakan bahawa Watie dan Shuib pernah berhubungan ketika arwah Siti Sarah masih hidup selepas netizen ‘korek semula’ video lama Watie di Instagram yang memaparkan Watie sedang bermain golf sambil berlatar belakang suara seorang lelaki yang didakwa serupa dengan Shuib.
Watie Bersuara!
Tidak berdiam diri, Watie tampil menegaskan bahawa suara lelaki berkenaan bukanlah suara milik Shuib kerana pelawak tersebut masih belum mula bermain golf pada ketika itu.
View this post on Instagram
Sekadar info, Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011. Namun, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz disebabkan jangkitan COVID-19.