Nenek pegang rotan jadi cikgu disiplin dekat masjid raih perhatian ramai

Photo of author

By Joe

Nenek pegang rotan jadi cikgu disiplin dekat masjid raih perhatian ramai. Seorang warga emas mencuri tumpuan ramai apabila gelagat dia memegang rotan sebagai tanda ‘amaran’ kepada kaum lelaki untuk menyegerakan Solat Jumaat.

Menerusi beberapa video tular, wanita warga emas itu seolah berleter panjang sambil memerhatikan kaum lelaki yang menuju ke masjid.

Susulan video tular berkenaan, warga emas itu digelar ‘nenek rotan.’

Nenek pegang rotan jadi cikgu disiplin dekat masjid raih perhatian ramai

Bukan hanya memerhatikan dari jauh, nenek rotan ini juga menunggu di tangga masjid yang terletak di Kampung Padang Cempedak, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
Sangat mencuit hati apabila ada yang mengambil kesempatan, membuat ‘laporan’ kepada nenek rotan tentang beberapa jemaah yang lambat. Saat itu juga, dilihat nenek rota mula bersuara.

Tindakan nenek rotan dipuji ramai kerana walaupun dilihat hanyalah teguran kecil, namun kerana ketegasan beliau menjadi asbab masuk ke syurga.

Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar nenek rotan dipanjangkan umur dan terus diberikan kesihatan yang baik.

@rose_rossa11♬ 窒 Suffocating(间奏) – 拼音师&Lona.X

Baca Lagi:
‘Patutlah penuh orang datang, rupanya kedai ini jual sup perut sekali pakej tahi’
Wanita ini beli 3 buah rumah pada usia muda selepas 15 tahun berjimat, sehari belanja hanya RM5.94 sen
Pekerja bot berak tengah laut untuk bagi ikan makan dikecam netizen