Nenek buta sebelah mata tayang skil menembak, dapat markah paling tinggi. Seorang nenek berusia 92 tahun di timur China menjadi sensasi internet setelah meraih markah tertinggi dalam aktiviti menembak di Kazakhstan, meskipun sebelah matanya buta, lapor laman berita South China Morning Post semalam.
Li Guifang adalah seorang veteran askar dalam Tentera Sukarelawan Rakyat China (CPVA) yang berkhidmat dalam Perang Korea pada awal 1950-an.
Anaknya yang dikenali sebagai Wang berkata, lapang sasar di Kazakhstan pada mulanya tidak membenarkan ibunya menyertai aktiviti menembak kerana faktor usianya.
“Namun, selepas mengetahui latar belakang ibu, mereka bersetuju dan memberinya senapang kecil serta alat penglihatan,” kata Wang, sambil menambah bahawa penglihatan wanita itu terganggu akibat masalah katarak pada mata sebelah kanan.
Dalam satu pusingan tembakan dengan 10 sasaran, tujuh tembakan Guifang mengenai sasaran di bahagian dalam, manakala tiga lagi terkena bahagian luar.
Ini menjadikan markah wanita itu adalah 97 mata.
Dalam pusingan lain, Guifang sekali lagi meraih markah tinggi iaitu 87 mata.