Nelayan jumpa muntah paus seberat 30kg bernilai cecah RM5 juta, mahu bersara awal jadi nelayan

Nelayan jumpa muntah paus seberat 30kg bernilai cecah RM5 juta, mahu bersara awal jadi nelayan

Nelayan jumpa muntah paus seberat 30kg bernilai cecah RM5 juta, mahu bersara awal jadi nelayan. Kisah penemuan muntah paus atau ambergris bukanlah sesuatu yang asing dan sudah kerapkali berlaku. Hampir setiap kali penemuan muntah paus ini akan menjadikan penemunya sebagai jutawan selepas menjualnya.

Baru-baru ini seorang nelayan yang dikenali sebagai Narong Phetcharaj telah melihat sesuatu yang pelik di pantai Niyom di wilayah Surat Thani, selatan Thailand.

Benda yang aneh itu rupa-rupanya muntah ikan paus (ambergris) bersaiz besar dan mempunyai berat kira-kira 30kg. Muntah paus itu dipercayai dihanyutkan oleh arus ombak ke kawasan pantai berkenaan.

Batu Ambergris itu pun diambilnya dan dibawa kepada pakar di Universiti Prince of Songkla untuk diperiksa dan kemudiannya ia disahkan sebagai ambergris atau muntah ikan paus.

Nelayan jumpa muntah paus seberat 30kg bernilai cecah RM5 juta, mahu bersara awal jadi nelayan

Ambergris dihasilkan oleh ikan paus selepas memakan sejumlah besar ‘Cephalopod’ seperti sotong dan ia terhasil kerana tidak dicerna sepenuhnya. Bahagian itu bergerak ke usus ikan paus, perlahan-lahan menjadi jisim padat dalam perut mamalia besar itu selama bertahun-tahun. Ikan paus itu kemudian memuntahkannya sebelum ia terapung di permukaan laut dan dikenali sebagai ambergris (muntah paus).

Antara kegunaan ambergris atau muntah paus ini adalah dalam bidang industri minyak wangi dan kosmetik dimana ianya bahan yang sangat berharga dan berkualiti dalam menghasilkan produk yang berkualiti tinggi.

Bau muntah paus ketika masih basah adalah sangat busuk tetapi bila dah kering, ia mengeluarkan bau yang wangi dan manis serta tahan lama dan ini membuatkannya sebagai bahan yang sangat bernilai dalam pembuatan minyak wangi.

Menurut Narong Phetcharaj, penduduk kampungnya turut bergembira dengan penemuan tersebut kerana mereka tidak pernah lagi melihat dan menyentuh ambergris selama ini. Narong Phetcharaj juga bercadang untuk menjual ambergris itu dan untuk mahu bersara jika mendapat harga yang terbaik dan membuat pesta untuk rakan-rakannya.

Narong Phetcharaj juga sudah mempunyai sijil yang membuktikan ambergris yang ditemuinya itu adalah asli dan bukan palsu.

Harga pasaran untuk ambergris adalah lebih kurang AS$40,000 (RM167,000) sekilogram dan dianggarkan ambergris yang ditemui oleh Narong Phetcharaj yang seberat kira-kira 30kg itu bernilai kira-kira RM5 Juta.

Sebelum ini seorang pengutip sampah di Thailand pernah menemui ambergris terbesar di dunia seberat lebih 100kg.

Baca Lagi:
Rafizi dijangka ditempatkan di kementerian kanan
Surat terbuka dari Tun M kepada pengundi
Tok Mun bekas calon bebas tertua dalam PRU, berkempen seorang diri hanya dengan mengayuh basikal
CATEGORIES