Negeri Pahang duduk ranking no.1 dalam Malaysia naikkan harga paling tinggi hotel dan restoran. Hotel dan rangkaian restoran di Pahang telah mencatatkan kenaikan harga perkhidmatan tertinggi di negara ini, mengatasi Kuala Lumpur yang berada di tangga kedua.
Menurut perkongsian di Facebook Kuantan Development News, Pahang menduduki tempat pertama dalam kenaikan harga perkhidmatan dengan peratusan sebanyak 7.1 peratus.
Pahang juga mengatasi tiga negeri di Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur yang berada di tangga kedua dengan kenaikan 6.9 peratus, diikuti Putrajaya (6.2 peratus) dan Selangor di tangga keempat dengan kenaikan 6.2 peratus.
Bagi negeri-negeri lain seperti Perak, Johor, Sabah, Labuan, Sarawak, dan Pulau Pinang, statistik menunjukkan bahawa enam negeri tersebut turut mengalami kenaikan harga perkhidmatan, namun peratus kenaikan tidak melebihi enam peratus.
Lima lagi negeri, iaitu Terengganu, Kedah, Melaka, dan Kelantan, mengalami kenaikan harga perkhidmatan antara tiga hingga empat peratus.
Negeri Sembilan pula mencatatkan kadar kenaikan harga perkhidmatan yang paling rendah dengan 2.6 peratus.