Neelofa tunjuk wajah Abdullah Abbas melalui pantulan cermin

Neelofa tunjuk wajah Abdullah Abbas melalui pantulan cermin

Neelofa tunjuk wajah Abdullah Abbas melalui pantulan cermin. Tidak seperti kelahiran anak pertama, pengacara dan usahawan Neelofa lebih terbuka menunjukkan wajah bayi keduanya, Abdullah Abbas buat tatapan umum.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, berkongsi sesi fotografi bersama Abbas dan jelas kelihatan wajah bayi itu pada sebuah pantulan cermin.
Malah dia turut memuat naik gambar Abbas namun dalam posisi meniarap.

Neelofa tunjuk wajah Abdullah Abbas melalui pantulan cermin

Sebelum ini Neelofa mengambil masa selama lapan bulan untuk berkongsi wajah anak pertamanya Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari tahun lalu.

Dia dan suaminya Pencetus Ummah (PU) Haris sama-sama setuju untuk tidak memuat naik wajah Bilal kerana bimbang terkena penyakit ain.

Malah ketika memuat naik gambar bertiga, dia turut menutup wajah Bilal dengan sticker.

Neelofa tunjuk wajah Abdullah Abbas melalui pantulan cermin

Ketika itu, ramai dalam kalangan peminat menanti untuk melihat wajah anak pertama itu selepas beberapa bulan dilahirkan sehingga ia menjadi isu dalam kalangan peminat.

Ketika Neelofa mengumumkan melahirkan Abbas, ramai juga sudah membuat jangkaan dia tidak akan berkongsi wajah anaknya itu dalam masa terdekat.

Neelofa tunjuk wajah Abdullah Abbas melalui pantulan cermin

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

Abbas dilahirkan pada 11 Julai lalu.

Baca Lagi:
ADUN Pahang antara 10 yang terkorban dalam nahas pesawat di Elmina
Terengganu mundur?, wanita dedah dari sisi sebagai anak jati Terengganu
10 individu termasuk seorang tetamu kenamaan dikhuatiri maut selepas kapal terbang terhempas di Shah Alam
CATEGORIES