‘Neelofa isteri yang baik hati’ -PU Riz

New Phototastic Collage 234 scaled 1

‘Neelofa isteri yang baik hati’ -PU Riz. Tanggal 27 Mac, genap setahun usia perkahwinan pasangan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dan Noor Neelofa Mohd Noor.

PU Riz, 27, menerusi hantaran di Instragram berkata, bersyukur dikurniakan isteri yang baik hatinya.

“Syukur pada Allah dikurniakan isteri yang baik hatinnya. Banyak lagi yang nak ditulis tapi tak apa ku titipkan dalam doaku. Tidak ada perkara lain yang diharapkan melainkan perkahwinan ini diredai. Sekali lagi, alhamdulillah ya Allah,” katanya.

'Neelofa isteri yang baik hati' -PU Riz

Sementara itu, Neelofa, 33, mendoakan perkahwinan dibina sentiasa diberkati.

“Doakan agar Allah sentiasa memberi keberkatan ke atas perkahwinan kami dan meletakkan hubungan ini dalam kebaikan selamanya.

“Selamat ulang tahun perkahwinan suamiku (ucapan selebihnya, saya bisik di telinga suami sebab dia sorang ja yang boleh tahu apa saya luahkan),” tulisnya.

Hantaran video dimuat naik Neelofa itu mendapat lebih 570,000 tontonan dan lebih 1,100 komen.

Terdahulu, pasangan ini berkahwin pada 27 Mac tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata sulung iaitu lelaki diberi nama Muhammad Bilal Muhammad Haris.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Baca Lagi:

Tak tahan dengan carutan, wanita ini mengamuk baling tong sampah dan dipukul beramai-ramai

[VIDEO] Suami kantoi curang, isteri ‘Gegar’ bilik dengan lesung batu sampai tercabut tombol pintu

Buruh warga asing didakwa rogol budak 12 tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *