Nasib tak menyebelahi, lelaki kantoi pecahkan cermin kereta curi sekotak tepung gandum

Nasib tak menyebelahi, lelaki kantoi pecahkan cermin kereta curi sekotak tepung gandum

Nasib tak menyebelahi, lelaki kantoi pecahkan cermin kereta curi sekotak tepung gandum.

Seorang lelaki sanggup memecah cermin sebuah kereta untuk mencuri sekotak tepung gandum di Taman Kota Masai, di sini awal pagi tadi.

Namun, ‘nasib’ tidak menyebelahinya kerana berjaya dicekup pemilik kereta dan jirannya.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, dalam kejadian pukul 1.15 pagi itu, suspek yang berusia 31 tahun telah memecahkan cermin kereta pada bahagian tempat duduk pemandu dan melarikan sekotak tepung gandum.

Nasib tak menyebelahi, lelaki kantoi pecahkan cermin kereta curi sekotak tepung gandum

“Kejadian disedari jiran mangsa sebelum suspek melarikan diri. Mangsa dan jirannya kemudian mengejar suspek dan berjaya menahannya di Jalan Pulasan, Taman Kota Masai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Sohaimi berkata, sebatang spanar boleh laras yang digunakan untuk memecahkan cermin kereta dan sekotak tepung gandum ditemukan pada suspek.

Mangsa telah menghubungi pihak polis sebelum menyerahkan suspek dan barang-barang yang dirampas tersebut kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis merakamkan penghargaan atas kerjasama dan maklumat orang ramai hingga tertangkapnya suspek.

“Pihak polis akan terus komited untuk bekerjasama dengan masyarakat bagi mencegah sebarang kegiatan jenayah,” katanya sambil memaklumkan suspek direman selama tiga hari bermula hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 dan 379 Kanun Keseksaan.

Baca Lagi:

Madrasah maha zalim, mangsa dedah 20 jenis penderaan dilakukan, no 18 dah melampau!

Peraturan baru, anak bising di restoran akan dicaj tambahan RM30.00

Ini 7 sebab kenapa lelaki melayu suka dengan amoi berbanding perempuan melayu..

CATEGORIES