Nasib Najib diketahui esok, bebas atau kekal di penjara Kajang selama 12 tahun

Nasib Najib diketahui esok, bebas atau kekal di penjara Kajang selama 12 tahun

Nasib Najib diketahui esok, bebas atau kekal di penjara Kajang selama 12 tahun. Mahkamah Persekutuan di sini pada Jumaat akan memutuskan sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan untuk menyemak sabitan dan hukumannya dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd atau sebaliknya.

Ia akan diputuskan oleh panel lima hakim iaitu dari Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abdul Rahman Sebli bersama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang serta Datuk Nordin Hassan termasuk Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.

Sekiranya mahkamah membenarkan permohonan Najib untuk menyemak, panel-panel hakim akan menetapkan tarikh lain untuk prosiding berkenaan.

Nasib Najib diketahui esok, bebas atau kekal di penjara Kajang selama 12 tahun

Ada juga kemungkinan panel lima hakim itu mendengar hujahan semakan daripada kedua-dua pihak, pada hari yang sama iaitu Jumaat ini.
Bagaimanapun, jika mahkamah menolak permohonan bekas Ahli Parlimen Pekan itu, pilihan terakhirnya ialah kekal di Penjara Kajang dan mendapatkan pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

Dilaporkan, Najib sudah memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan pada 2 September 2022.

Menerusi notis usul memfailkan notis usul itu melalui firma guaman Tetuan Shafee & Co, Najib membuat beberapa permohonan iaitu pertama, memohon perintah supaya keputusan rayuan utama beliau diketepikan dan dia dibebaskan daripada tuduhan tersebut.

Kedua, Najib memohon untuk membuat semakan terhadap keputusan panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos lalu yang tidak memberikan penangguhan prosiding susulan penarikan diri peguam belanya, Datuk Hisyam Teh Poh Teik.

Seterusnya, beliau memohon rayuannya didengar korum Mahkamah Persekutuan lain, tidak kurang tujuh hakim Mahkamah Persekutuan atau yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Pemimpin UMNO ini turut memohon untuk mengemukakan bukti tambahan membabitkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini Hakim Mahkamah Rayuan) dan pembatalan perbicaraan itu atau diisytiharkan tidak sah.

Dalam afidavit, beliau percaya dan dinasihatkan oleh peguam caranya bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan boleh disemak mengikut Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

Dalam prosiding ini, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram berada di pihak pendakwaan manakala Najib selaku perayu diwakili peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Pada 22 Julai 2020, Mahkamah Tinggi di sini mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC.

Najib dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga kes pecah amanah dan masing-masing tiga kes pengubahan wang haram manakala penjara 12 tahun dan didenda RM210 juta, jika tidak dipenjara lima tahun bagi satu kes penyalahgunaan kedudukan.

Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas hakim memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.

Sabitan dan hukuman terhadap Najib kemudian dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Najib yang kini berusia 70 tahun, sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan, hukuman dan denda pada 23 Ogos tahun lalu.

Baca Lagi:
Kejadian ‘Bulan berekor’ dikaitkan tanda kiamat dan dukhan akan berlaku?, Ustaz ni jelaskan perkara sebenar
“Aku sumpah mak kau mampus, bapak kau mampus”, wanita dakwa dipukul ustaz program realiti TV
Pesara rugi RM46,000 setelah kad bank dicuri, muka penyamun tersebar luas belanja beli iPhone 13 Pro Max
CATEGORIES