“Nasib menantu dari Kohona, mak mentua ingat aku isteri kedua suami aku”

“Nasib menantu dari Kohona, mak mentua ingat aku isteri kedua suami aku”

“Nasib menantu dari Kohona, mak mentua ingat aku isteri kedua suami aku”. Aku adalah menantu dari negeri konoha. Tolong jangan sama ratakan orang konoha ni semua tak berpendidikan dan aneh2. Yee aku pun tak berpendidikan tinggi tapi syukur orang tua aku didik aku secara bagus.

Kadang sedih juga berita2 negara konoha yang masuk ke Malaysia pelik2 semua. Takda yang bagus langsung. Tapi memang berita yang pelik2 lebih orang suka kan? Tambah lagi orang komen, “Tak hairan lah, negeri konoha..” “konoha, tak pelik tak sah” malunya akuuu.

Tapi tak salah pun, memang keadaan negara kami belum punya sistem yang bagus dalam pendidikan. Ditambah korupsi macam takda dosa dan takda penyelesaiannya. Anyway, melenceng jauh pulak ceritanya..

"Nasib menantu dari Kohona, mak mentua ingat aku isteri kedua suami aku"

Aku kahwin di usia yang muda dan masih mentah dalam kehidupan (naif mungkin?). Kahwin sebab dijodohkan. Alhamdulillah it’s the best thing in my life. Suami aku baik dan bertanggung jawab. Top. Alhamdulillah…

But, dia anak tunggal mak dia. Ayah dia dah takda masa suami kecik lagi. Jadi mak dia besarkan anak sendiri sambil Cari nafkah sampai lah suami aku habis belajar. Tererrr lah mak mertua aku. So dari sini agaknya kalian tau lah yaa apa yang akan jadi.

Mak mertua aku agak berusia dah. Stress wehh nak hadap mak mertua aku. Sebabkan dia dah berusia so ada perangai macam budak2 sikit. Dia sangat competitive dengan aku. Dia ingat aku bini kedua laki aku agaknya, dia yang first.

Dulu aku ni lurus bendul. Aku ingat kalau kahwin hanya ada lagu ‘kita bikin romantis’ kat background kehidupan kami Laki bini.

Rupanya tidak ye adik2..(kot laa ada yang umur bawah 20 kat sini dah gatal nak kahwin). Rupanya kita kena kahwin sekali dengan mertua, Adik beradik ipar duai, pakcik makcik, cucu cicit, kerabat sanak saudara, jiran sampai 40 kanan kiri diorang. Fuhh..

Aku pulak tak reti bersembang awal2. Dengan beda bahasa, macam ayam itik. Aku nak cerita kelakar sikit pasal beda bahasa ni, tp melenceng dari kisah awal. Ingat lagi dulu aku masa baru pindah Malaysia, nak buat majlis sanding kat sini. Aku tengah pakai inai kat tangan

. Aku cakap dengan cousin belah suami aku “gatal punggung, tolong garukin.” Dia dah pandang aku semacam. Dia pandang aku, aku pandang dia, yang cousin2 lain kat situ pandang kami. Dengan Tukang inai pun berhenti lukis tangan aku pun pandang aku sekali.

So the awkwardness tu bertahan beberapa detik tp rasa lama gila. “Eh kenapa?” Aku pecah keheningan. “Ga boleh ya garukin sini aku?” Sambil gerakkan bahu aku. Seketika pecah gelak semua orang kat situ.

Aku blur tak faham. Pastu diorang explain, merah terus muka aku. Malunyaaa. Sampai kesudah diorang bully aku pasal punggung ni. Kurang asam mmg depa semua tu, hihi.

Untuk yang tak tau, Maksud Punggung dalam bahasa Indonesia is upper back, bukan bawah tuuu…

Ok back to story.

Aku ni tak reti masak dan urus rumah. Ye lah aku muda lagi, dulu masa belum kahwin kat rumah aku pakai bibik. Aku bagi tau suami aku, dia ok je. Sokong aku hingga hari ini. Sikit2 aku belajar masak dengan mak mertua. Tapi dia tak ajar aku total tau. Ada juga disoroknya.

Dia tak bagi aku boleh masak sedap macam dia supaya anak dia makan masakan dia je. Suami aku kadang nak juga rasa masakan asal konoha ni, aku masak la juga. Suami aku suka, mak tak. Di buang makanan tu. Dia bagi alasan tak kena dengan tekak lah, tak elok la, basi la, macam2 alasan dia bagi.

Ok! So kompetisi dimulai. Aku selalu intai mak masak dan cuba buat. Pastu hidangkan utk suami aku, melahap je dia kata sedap, jeles mak tengok. Dan esok nya dia buang juga masakan aku.

Mak mertua juga banyak cerita yang tak elok tentang aku ke orang lain. Dikata aku pemalas lah, tak pandai lah, tak jaga Laki aku lah. Banyak lagi yang mak buat tp tak perlu lah diceritakan. Ye lah, menantu konoha. Rasanya mak sceptical dengan orang konoha.
Tahun pertama kahwin aku tinggal dengan mak mertua aku karna dia duduk sorang. Aku buat semua benda masih juga tak kena dimata mak. Aku kat sini sedih sangat. Dengan mak ayah yang jauh, aku pun tak ramai kenal orang kat sini. Dan aku tak luah pada siapapun termasuk suami aku.

Aku pernah cerita tapi dia bantah mak dia macam tu. So aku stop cerita sampai dia perasan aku lain. Selalu nampak aku menangis dan tak ceria. Aku just cakap aku homesick.

Tapi suami aku paksa aku supaya luahkan, akhirnya aku cerita semua. Dia faham aku, dan sebenarnya dia pun perhati juga perangai mak dia sejak aku cerita sebelum ini.

Akhirnya suami aku try cakap elok2 dengan mak mertua tp jadi makin panas situasinya. Bergaduh laa kami dengan mak dan akhirnya keluar dari rumah mertua.

Ya Allah, nikmatnya tak reti nak explain. Hatta dalam rumah sewa kami ada tilam dan almari je. Dapur takda kabinet, barang2 letak dalam kotak. Tapi dah tak rasa himpitan Di dada.

Mak merajuk dengan suami dalam 1minggu je. Merajuk dengan aku lama juga. Ada kot 3 ke 4 bulan tak bagi jejak rumah dia.

Akhirnya kami berbaik juga. Aku tak ingat apa yang buatkan kami jadi baik. Haha..

Dan laju masa berjalan, skrg dah 10th perkahwinan aku dengan suami ku. Dah dikaruniai 2 anak yang paling comel sedunia (bagi aku pastinya, hihi). Mak pun makin tua skrg. Penglihatan dia teruk. Sekarang banyak baring dan pakai pampers sebab kadang tak sempat dia ke toilet dah terbarai.

Sekarang aku lah yang masakkan untuk dia. Dia kata hanya boleh makan masakan aku je. Pegi lah 10 kedai mak cakap semua tak sedap. Dia tinggal cakap je nak makan apa, aku buatkan.

Kalau aku tak pernah masak makanan tu, aku tanya mak macam mana cara masaknya, dia bagi arahan pastu aku buat. Berselera mak makan. Hahaha.. comel pulak tengok mak sekarang, makin macam budak2. Aku kemas rumah mak juga.

Mak masih tinggal sorang dan syukur kami dapat sewa rumah dekat dengan mak. Pernah ajak tinggal rumah aku, baru brp hari duduk rumah kami bergaduh juga hujungnya. Mak suka duduk rumah sendiri.

Aku sekarang lebih paham mak dari suami aku. Aku tau lauk dan sayur apa yang mak suka dan tak suka. Dah faham kalau mak selesa ke tak dalam situasi kat dalam atau luar rumah atau kalau mak nak apa2 aku dah faham dulu. Layan mak borak, gosipkan orang. Hahaha..

Tapi struggle juga jaga orang tua ni. Tambah ada 2 anak kecik bawah 5th. Kena kuat mental fisikal. Sbb orang tua ni emosi tak stabil. Sangat2 sensitif dan kuat merajuk. Family mak aku takda yang tahan dengan mak jadi fully kami berdua yang jaga.

Aku shift jaga mak tengah hari, Laki aku malam. Tengah hari aku akan bawa lauk, siapkan piring dan letak makanan, pastu temankan dia makan sambil2 kemas mana yang patut. Malam pulak bahagian laki aku. Macam tu lah rutin harian aku skrg. Korang doakan aku kuat tau!

Skrg aku tengah jaga mak tak sihat nii. Terbaring je dia. Tambah minggu ini dia cirit birit, tak nak makan. Berak kencing merata sebab dia tak larat bangun. Terpaksa bawa dia duduk rumah kami sebab aku tak larat ulang alik dengan bawa anak2 lagi.

Sekarang tambah sikit lagi tugas aku. Suap dia makan, aku lap2 badan dia, yang tuntun dia berjalan bawa pi toilet. Skrg belum tahap basuh berak lagi sebab mak masih boleh buat sendiri, tapi aku kena teman dia dalam toilet tu lah. Bab toilet ni leceh sikit sebab mak tak nak dengan laki aku.

Malu, dengan aku kan sesama perempuan so dia ok sikit. Itupun banyak kali dia sebut, “malu laa dengan menantu mak ni. Banyak betul mak menyusahkan”. Aku cakap “mana ada, tak susah pun. Anak mak lagi menyusahkan” gurau aku sambil gelak2. Mak senyum je.

Tadi lepas aku lap badan dan suap makan mak, suara mak lirih cakap “Terima kasih Susi, I love you..”

Weeehh… aku sebakkkk! Tak pernah dia cakap gitu. Dan aku boleh rasa ketulusan dia cakap kat aku. Mcm tak lalu telinga dah kata2 mak, terus masuk dalam qalbu. Tersekat2 aku cakap balik, “I love you too mak…” berkaca mata aku.

Aku keluar dari bilik mak dan cari anak2 aku. Aku peluk diaorang kuat2 dan doakan supaya jadi anak solehah yang bermanfaat dunia akhirat. Korang doakan mak mertua aku sihat yee, hujung tahun ni bday mak yang ke 80 insyaallah..

Maaf panjang sangat aku cerita. Tulisan dan ejaan pun teruk. Lama tak menulis. Sorry ye teman2..

Apa yang boleh dipetik dari cerita ini adalah, aku tak pelik macam orang konoha yang selalu korang baca or tengok Di TikTok. Dan sebenarnya banyak juga orang2 hebat dan genius Di negeri konoha tapi tak masuk berita Malaysia, termasuk dekat negeri konoha sendiri. Sekian.

– Susi (Bukan nama sebenar)

Baca Lagi:
Wanita hamil 7 bulan kena buang kerja jadi rider selepas kantoi suami tolong hantar pesanan
Kaki wanita diseret bas ketika ambil bagasi, dakwa badan tersepit di tempat penyimpanan bawah bas
Ibu Zayn Rayyan dibawa balik ke kediaman, dipercayai untuk lakonkan semula kejadian
CATEGORIES