NASA dedah suara ngeri yang menakutkan dari lohong hitam. Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan bahawa suara ngeri kedengaran dari sebuah lohong hitam, lapor portal berita Republic hari ini.
Lohong hitam itu terletak pada jarak 250 juta tahun cahaya dari Bumi dan fenomena luar biasa ini berasal dari tengah gugusan galaksi Perseus. Bunyi tersebut dikesan pada tahun 2003.
Pada mulanya, bunyi itu mempunyai dengung tersendiri yang menarik perhatian ahli astronomi. Untuk menjadikannya boleh didengar oleh telinga manusia, NASA menukar gelombang akustik tersebut sehingga 57 dan 58 oktaf.
“Sukar untuk mendengarnya pada nada semasa kerana ia termasuk not paling rendah yang pernah dikesan di alam semesta oleh manusia, jauh di bawah had pendengaran manusia.
“Seperti beberapa gelombang lain yang dirakam dari angkasa lepas, hasil daripada gelombang ini juga menakutkan,” kata NASA dalam satu kenyataan.
Nasa shared an audio of sound waves from a supermassive black hole generated 250 million light years away. This is how we perceive these sound waves I wonder if sound waves has other functionalities than how humans hear them? pic.twitter.com/s2d9zgJ1DF
— Allon Talmon (@AllonTalmon) September 21, 2024