Nampak sama macam buah manggis, tapi sebenarnya bukan

Photo of author

By Joe

Nampak sama macam buah manggis, tapi sebenarnya bukan. Malaysia yang terkenal sebagai Syurga Makanan juga kaya dengan pelbagai jenis buah-buahan tempatan. Selain daripada durian dan rambutan, buah manggis juga menjadi pilihan utama di musim berbuah.

Buah manggis terkenal dengan isinya yang berwarna putih, lembut, manis dan berjus, tersembunyi di bawah kulit berwarna ungu pekat yang khas.

Namun, ramai tidak menyedari bahawa terdapat satu lagi buah yang sangat mirip dengan buah manggis tempatan, tetapi mempunyai nama yang berbeza.

Nampak sama macam buah manggis, tapi sebenarnya bukan

Banyak yang keliru dan menganggap kedua-dua buah ini sama sehingga diberitahu sebaliknya.

Buah yang dimaksudkan adalah buah mesta. Walaupun sama-sama daripada keluarga Garcinia mangostana, kedua-dua buah ini mempunyai perbezaan yang mencolok.

Mengikut video yang dikongsi oleh pengguna TikTok, @syahirnordin_, beliau menjelaskan perbezaan antara buah manggis dan buah mesta kepada orang ramai.

Salah satu perbezaannya adalah dari segi saiz pokok dan ciri-ciri unik lain yang ada pada kedua-dua buah tersebut.

Menurut @syahirnordin_, pokok mesta biasanya lebih kecil dan rendah. Berbeza dengan pokok manggis yang lebih tinggi dan tegak.

Daun pokok mesta lebih lebat dan biasanya mempunyai dahan yang bercabang lebih banyak berbanding dengan pokok manggis.

“Buah manggis berbentuk bulat dan leper, manakala buah mesta berbentuk lonjong sedikit tetapi bentuk hampir sama,” katanya.

Dari segi isi, buah mesta mempunyai susunan ulas yang hampir serupa dengan buah manggis, tetapi warnanya sedikit berbeza.

Tambah @syahirnordin_, isi buah manggis kelihatan berwarna putih kekuningan manakala isi buah mesta berwarna putih sahaja.

Video ini telah memberi manfaat kepada ramai pengguna TikTok yang mengucapkan terima kasih atas perkongsian yang bernas dari @syahirnordin_.

@syahirnordin_ Kalau ni bukan buah manggis, jadi ni buah apa? Sapa tahu cuba comment.. #buah #kampung ♬ TERNYATA ABU ABU REMIX DJ MALBAR – Malbar OnTheBeat

@syahirnordin_ Reply to @_.blqss._ beza tak banyak. Tapi mesta lagi padu.. pokok tak tinggi. #fyp #buah #manggis #vlog #kampungku ♬ Giveon Cover If I Aint Got You – Raed ツ

Dalam pada itu, menurut perkongsian dari Pejabat Pertanian Daerah Temerloh, buah mesta sebenarnya berasal dari daerah Temerloh di Pahang.

Selain itu, buah mesta telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian dalam Senarai Varieti Tanaman Kebangsaan (National Listing) pada tahun 1993 dengan No. Daftar GA2.

Baca Lagi:
Lelaki terkejut 3 pinggan nasi campur berharga RM156.50
Ramai yang tak suka makan, ini sebab kenapa nasi lemak perlu ada kacang tanah
Suami pukul isteri hingga mati sebab susah nak mandi