Nampak isi macam buruk tapi harga RM1,000 sebiji durian Tupai King. Durian Tupai 226 atau Tupai King kini menjadi buah pilihan utama bagi pemilik kebun dan pengusaha durian kerana mampu dijual dengan harga antara RM600 hingga RM1,000 sebiji, beratnya kira-kira 3 kilogram, kepada peminat durian.
Keunikan dan keistimewaan buah ini membuatnya menjadi tarikan utama, terutamanya disebabkan oleh ketersediaannya yang terhad di pasaran tempatan serta penghasilan yang rendah pada musim ini.
Brian Ong, seorang pengusaha durian dari Pulau Pinang, menyatakan bahawa Tupai King kini menjadi fokus utama dalam pasaran durian musim ini.
Di Pulau Pinang, varieti baru durian yang bernama Tupai 226 telah didaftarkan secara rasmi pada bulan Februari yang lalu, dijangka akan menyaingi populariti Musang King.
Tupai King, juga dikenali sebagai D214, menjadi pilihan terkini di kalangan penggemar durian kerana rasanya yang unik.
Mohd. Muhaimin Ibrahim, Pengarah Pertanian negeri, menyatakan bahawa pendaftaran rasmi Tupai 226 telah dilakukan pada bulan Februari oleh seorang pengusaha kebun durian di Sungai Ara, Bayan Lepas.
Pada masa ini, kebun tersebut mempunyai 46 pokok dan peminat durian dapat menikmati Tupai 226 pada musim durian yang akan bermula hujung bulan ini dan Julai nanti.
Durian Tupai King mempunyai ciri-ciri buah berbentuk ovat dengan kulit berwarna hijau keperangan, berat purata 2.1 kg dengan isian berwarna jingga kekuningan.
Aroma dan teksturnya menonjolkan rasa kepahitan yang sederhana dengan tahap kemanisan yang diukur dengan purata brix 39.
Dalam perkembangan lain, Mohd. Muhaimin melaporkan bahawa pengeluaran durian di Pulau Pinang stabil dalam tiga tahun terakhir, iaitu 10,491 tan pada 2018, 13,158 tan pada 2019, dan 14,946 tan pada 2020.
Dengan sokongan input pertanian dari kerajaan, seperti baja dan racun perosak, dijangkakan pengeluaran durian di negeri ini akan kekal stabil pada tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya.