Nama Rosyam Nor dipetik netizen, walau kaya tetap setia

Nama Rosyam Nor dipetik netizen, walau kaya tetap setia

Nama Rosyam Nor dipetik netizen, walau kaya tetap setia. Mengimpikan rumahtangga yang bahagia dan cekal menghadapi ujian bersama sepanjang menerajui bahtera perkahwinan, merupakan hasrat dan harapan mana-mana pasangan yang bergelar suami isteri.

Menyentuh soal rumahtangga, sebuah video yang dikongsikan di TikTok milik kelab peminat pelakon terkenal tanah air, Datuk Rosyam Nor mencuri perhatian warganet di media sosial.

34 Tahun Rumahtangga Bertahan

Nama Rosyam Nor dipetik netizen, walau kaya tetap setia

Menjengah ke akaun TikTok kelab peminat Rosyam Nor (@rosyamnor40), hantaran berserta kapsyen ringkas yang dimuatnaik menarik perhatian lensa Murai dan juga warganet.

“Jangan pernah berjanji untuk setia, tapi berjanjilah untuk tetap bertahan walau sejuta halangan ada didepan.

1989 – 2023. Alhamdulillah” tulisnya

@nasrimohdsukiri terima kasih cinta 🤍🕊 #rosyamnor #isterirosyamnor ♬ Cinta Kita – dzaqrazky

Melihat coretan yang penuh mesej itu di samping perkongsian tempoh rumahtangga aktor kacak dan berbakat ini berjaya bertahan sehingga ke hari ini, membuatkan warganet kagum terhadap Rosyam Nor bersama isteri, Datin Runika Mohd Yusof.

Rata-rata ramai yang memberi komen yang positif serta mendoakan agar rumahtangga dan hubungan Rosyam Nor bersama isterinya kekal sehingga syurga.

“Tahniah Rosyam.. Walaupun kaya.. Tetap setia..”

“Hebat lah datuk.. Ni baru cinta sejati sampai tua. Tuhan rahmati datuk.”

“Semoga kekal hingga Jannah. Contoh terbaik!” Komen mereka

“Betul sangat, hidup ni tak kan sentiasa aman. Dugaan tu pasti ada. Macam mana kita hadapi, itulah ganjaran pahala dari Allah.”

“Hormat sungguh pada Rosyam. Tak pernah ada kontroversi. Setia pada pasangan.”

“Seusia saya perkahwinan datuk. Semoga terus berkekalan hingga ke Jannah.” Komen mereka lagi

Untuk rekod Datuk Rosyam Nor mendirikan rumahtangga bersama Datin Runika Mohd Yusof pada tahun 1989, dan hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata perempuan iaitu Arniesha Azureen, Nur Anis, Nurlisa, Syadira dan Zarith Maryam.

Baca Lagi:
Pelakon terkenal buat pengakuan berani, selalu berzina tapi tak pernah tinggal solat subuh
Pandai buat untung, lelaki beli 200 buah Land Rovers Defenders 8 tahun lepas, kini dijual semula harga bernilai RM1.16 juta sebuah
3 beradik yatim piatu hidup sendirian, cari duit sendiri dengan menjual lidi penyapu RM0.30sen satu ikat
CATEGORIES