Nama baru Angeline Tan dipilih tak sampai 2 minit oleh Sabri Yunus, tak sangka betapa indahnya maksud Ardini

Photo of author

By Joe

Nama baru Angeline Tan dipilih tak sampai 2 minit oleh Sabri Yunus, tak sangka betapa indahnya maksud Ardini. Memeluk Islam dan bergelar mualaf, Angeline Tan mengabadikan nama Ardini Angeline Tan.

Di sebalik nama baharu itu, Angeline mendedahkan ia dipilih oleh suaminya yang juga pengarah dan pelakon, Sabri Yunus.

Kongsi Sabri, beliau tidak mencari nama Ardini sebaliknya mencari satu nama yang baik dan sedap didengar.

Nama baru Angeline Tan dipilih tak sampai 2 minit oleh Sabri Yunus, tak sangka betapa indahnya maksud Ardini

“Sebenarnya kami tidak pernah terfikir untuk menukar nama lain.
“Namun apabila kami ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK), mereka bertanya semasa hendak menyediakan kad sekiranya ada nama Islam, cantik juga.
“Kalau tiada pun tak mengapa. Ketika itu Angeline kata terserah kepada saya. Saya pun tidak pernah fikir.
“Jadi saya terus membuat carian di Google dan mencari nama wanita klasik Islam bermula dengan huruf A.
“Saya ingin mengekalkan nama Angeline Tan tetapi ada nama A lain,” ujarnya dalam temu ramah di saluran radio Sinar FM bersama penyampai radio Dina Nadzir menerusi segmen Sinar Solo.

Jelas pelakon utama Pok Ya Cong Codei itu, selepas mencari, beliau ternampak nama Ardini yang elok maksudnya dan terus memilih.

“Saya lihat Ardini dan baca maksudnya. Makna Ardini ialah ‘isteri yang menyayangi.’
“Dalam masa tidak sampai dua minit, cornfirm Ardini,” ujar Sabri.

Angeline berkata, tidak hanya suami menyukai nama itu, malah pegawai yang bertugas dan adik beradik Sabri juga berkenaan nama Ardini.

Sabri dan Angeline sahabat baik selama 32 tahun selepas sama-sama membintangi sitkom popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada era 90-an.

Mereka disatukan dalam satu majlis ijab kabul tertutup di Musalla Teduhan Doa, Kangar, Perlis jam 10.30 pagi, 14 Oktober lalu.

Pasangan itu dinikahkan oleh Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan disaksikan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Baca Lagi:
Selamba pemandu ambulans berhenti beli pisang goreng semasa hantar pesakit ke hospital
“Harta ayah jadi rebutan”, semasa ayah nazak tiada siapa yang peduli, lepas mati je merekalah orang yang paling awal tanya duit ayah ada berapa
“Suami bagitahu dekat kekasih dia yang aku sanggup bermadu tapi dengan syarat, menangis dia bila dapat tahu syarat aku”