Nak viral punya pasal, sanggup tunjuk duit cash RM1.45 juta dalam TikTok, sekali LHDN datang komen kirim salam

Nak viral punya pasal, sanggup tunjuk duit cash RM1.45 juta dalam TikTok, sekali LHDN datang komen kirim salam

Nak viral punya pasal, sanggup tunjuk duit cash RM1.45 juta dalam TikTok, sekali LHDN datang komen kirim salam. Sejak kebelakangan ini, makin kerap golongan usahawan memuat naik video sedang mengira wang hasil jualan perniagaan mereka dalam kuantiti yang banyak.

Baru-baru ini, menjadi perhatian pengguna media sosial apabila tular sebuah rakaman yang memaparkan pasangan usahawan sedang memasukkan sejumlah wang dengan nilai RM1.45 juta ke dalam beg.

Menerusi perkongsian @farhanazahra91 di TikTok yang juga pengasas produk kecantikan, dia memaklumkan dengan tindakan memuat naik video sambil menunjukkan wang yang banyak mampu menarik perhatian pengguna lain.

Nak viral punya pasal, sanggup tunjuk duit cash RM1.45 juta dalam TikTok, sekali LHDN datang komen kirim salam

“Tunjuk duit la baru ‘FYP’,” katanya.

Lebih menarik perhatian apabila admin Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut meninggalkan komen pada video tersebut seolah-olah memberi kata-kata memerli.

“Banyak duit itu, ada panggil kami tak,” tulisnya.

Sementara itu, rata-rata orang ramai merasa kurang senang dengan tindakan mereka apabila dikatakan riak dan segelintir pengguna mempertikaikan sama ada wang tersebut disalurkan untuk membantu orang lain atau tidak.

@farhanazahra91Harap-harap tak fyp , takot ramai mintak duit raya hehe ! Yang nak duit raya masuk dekat-dekat, yg xnak mohon main jauh-jauh 🤪🤪

♬ suara asli – BELIAJAJEMBER – ryskalestary

“Duit yang kita ada sekarang ini belum tentu kekal milik kita, moga pasangan ini lakukan sedekah juga untuk lebih berkat, bukan tayang duit semata-mata,” kata seorang pengguna.

Sehubungan itu, usahawan yang dikenali dengan panggilan Cik Na itu, membalas semula komen pengguna tersebut serta menunjukkan sebuah video lain memaparkan situasinya bersama beberapa pegawai sedang berbincang mengenai bantuan yang ingin disalurkan.

“Tengok video ini, kalau Cik Na tunjuk kata riak, bila tak tunjuk macam-macam andaian orang pada Cik Na,” tulisnya.

Baca Lagi:
Peniaga gerai kuih ‘terbang’ ditiup angin ribut
Kareena Kapoor dedah rahsia kenapa suaminya tak pernah tukar pakaian, suka pakai baju buruk berlubang
Ini punca kenapa sperma lelaki Malaysia tidak berkualiti
CATEGORIES