“Nak duduk bilik hotel suite tapi harga bajet”- Wanita terkejut dapat hotel dalam pasar raya di Pulau Pinang, selak langsir nampak orang lalu-lalang tengah shopping

Photo of author

By Joe

“Nak duduk bilik hotel suite tapi harga bajet”- Wanita terkejut dapat hotel dalam pasar raya di Pulau Pinang, selak langsir nampak orang lalu-lalang tengah shopping. Pada hari ini, semakin banyak hotel menggunakan konsep-konsep yang unik dan menarik untuk menarik kehadiran pelanggan.

Baru-baru ini, seorang wanita terkejut apabila suite hotel yang ditempah oleh suaminya semasa bercuti terletak di dalam sebuah pasar raya di Batu Feringghi, Pulau Pinang.

Menerusi video yang dikongsi di TikTok @lindaoctober31, apabila langsir bilik itu diselak, dengan jelas dapat dilihat orang lalu-lalang di dalam pasar raya tersebut.

"Nak duduk bilik hotel suite tapi harga bajet"- Wanita terkejut dapat hotel dalam pasar raya di Pulau Pinang, selak langsir nampak orang lalu-lalang tengah shopping

Pada masa yang sama, pengunjung pasar raya juga dapat melihat apa yang berlaku di dalam bilik hotel tersebut sekiranya langsir diselak.

“Bilik yang hebat, aircond sangat sejuk dan bilik air benar-benar bersih. Kami mengambil 2 bilik, satu bilik tiada kemudahan kids tent dan bean bags tetapi ada sofa bed di tingkat bawah.
“Kelebihannya lagi, semua pekerja sangat mesra dan membantu. Mereka malah memberikan tilam dan tuala tambahan secara percuma. Terdapat banyak kedai makan dan kedai serbaneka 24 jam di tingkat bawah. Yang paling penting, anak-anak semua sangat gembira di sini. Kalau datang lagi ke Batu Ferringhi, saya pasti akan memilih untuk menginap di sini,” kata wanita itu.
@lindaoctober31 Bilik best, air cond sejuk tahap chiller dan bilik air mmg bersih. Kami ambil 2 bilik. Yg video ni bilik anak2. Bilik lagi 1 xde kids tent and bean bags tp ada sofa bed kt bwh. Plus point staff semua mmg friendly dan helpful. Siap bg tilam dan tuala extra foc. Turun bawah je penuh kedai makan dn convenience stores open 24hour. Yg plg utama anak2 semua happy kat sini. Next time dtg ferringhi nak stay sini lg. #masukberanda #batuferringhi ♬ Funny – Gold-Tiger

Walaupun konsep hotel tersebut agak unik dan menarik, wanita itu tetap puas hati dengan pengalaman menginap di Pulau Pinang.

"Nak duduk bilik hotel suite tapi harga bajet"- Wanita terkejut dapat hotel dalam pasar raya di Pulau Pinang, selak langsir nampak orang lalu-lalang tengah shopping

Ramai netizen merasai perasaan kagum dan teruja, tetapi juga merasa geli hati apabila mengetahui terdapat hotel seperti itu.

Orang ramai turut mencadangkan agar pemilik hotel memasang tinted atau sebarang penghalang lain yang dapat mengelakkan pengunjung pasar raya melihat ke dalam bilik.

Netizen juga berpendapat penggunaan ruang dalam pasar raya atau pusat beli-belah sebagai hotel adalah satu idea menarik kerana ia dapat mengelakkan pembaziran bangunan terbiar.

Pada masa yang sama, ia juga boleh menjadi sumber pendapatan tambahan melalui tempahan daripada pelanggan yang menginap di situ.

Baca Lagi:
Tahun ini genap 40 tahun, ini kisah perjalanan kedai serbaneka 7-Eleven di Malaysia
Wanita maut depan anak ketika ‘selfie’ depan kereta api klasik
Senarai 7 negara yang paling ramai dibenci tahun 2024