“Nak dapat RM30 sehari susah, sekarang tak menang tangan”, rupanya ini menu istimewa yang jadi rebutan ramai

“Nak dapat RM30 sehari susah, sekarang tak menang tangan”, rupanya ini menu istimewa yang jadi rebutan ramai

“Nak dapat RM30 sehari susah, sekarang tak menang tangan”, rupanya ini menu istimewa yang jadi rebutan ramai. “Ketika mula berniaga, nak dapat RM30 sehari pun susah, sekarang tak menang tangan,” kata peniaga lokan bakar di Dataran Batu Putih, Wan Mat Zakri Wan Derahman, 55.

Menurutnya, dia tidak menyangka kawasan itu menjadi tumpuan pengunjung dan perniagaannya mampu bertahan lima tahun.

Dia yang tinggal di Kampung Kelulut di sini, berkata Pejabat Pertanian Daerah Marang banyak memainkan peranan sehingga membuka peluang kepada peniaga lain dapat mencari sumber pendapatan di kawasan ini.

"Nak dapat RM30 sehari susah, sekarang tak menang tangan", rupanya ini menu istimewa yang jadi rebutan ramai

“Sebelum ini saya seorang berniaga, sekarang terdapat lapan peniaga menjalankan perniagaan membabitkan minuman dan makanan tradisional Terengganu.
“Antara yang istimewa dan mencuri tumpuan pengunjung adalah air kopi nisan, sotong celup tepung serta lokan bakar,” katanya.

Wan Mat Zakri berkata, dia memerlukan hampir 100 kilogram (kg) bekalan lokan jika berniaga pada hari minggu, musim cuti sekolah dan cuti umum.

Menurutnya, sekalipun berniaga pada hari biasa, dia memerlukan sebanyak 50 kg lokan kerana mendapat permintaan tinggi.

“Sekarang, saya dapat menarik nafas lega apabila melihat kawasan ini menjadi tumpuan bukan saja pengunjung tempatan, malah dari luar Terengganu,” katanya.

Bagi peniaga makanan dan minuman, Rosilawati Samsuddin, 39, berkata dia bersyukur kerana kawasan ini sekarang menjadi ‘lubuk’ rezeki kepada peniaga sepertinya.

Dia yang tinggal di Kampung Batangan, di sini berkata pendapatan mereka mampu bertambah hingga dua kali ganda pada musim cuti.

“Sebelum ini, saya hanya bekerja dengan peniaga lain dengan bayaran RM50 hingga RM70 sehari. Namun, saya tekad untuk membuka gerai dan mengusahakan perniagaan sendiri.

“Saya bersyukur, hasil jualan setiap hari mampu mencecah hampir RM300 hingga RM500 dan jika hari Jumaat serta Sabtu pendapatan akan bertambah,” katanya.

Baca Lagi:
Jururawat meninggal selepas minum ketum, keluarga dapat pampasan RM49 juta
Beruang matahari berasal dari Malaysia berkelakuan pelik, angkat tangan macam Sanusi buat, netizen syak manusia menyamar
Calon DUN dari PN tolak warga emas sampai tergolek
CATEGORIES