Nak beli rumah tanpa bayar ‘down payment’? Ini caranya..

Photo of author

By Joe

Nak beli rumah tanpa bayar ‘down payment’? Ini caranya.. Pada masa kini, ramai yang berminat untuk membeli rumah memandangkan harga sewa rumah yang semakin tinggi, malah hampir sama dengan bayaran bulanan rumah sendiri. Oleh itu, ramai yang berpendapat bahawa lebih baik membeli rumah dan membayar untuk menjadikannya harta sendiri berbanding terus membayar sewa yang tidak memberikan hak milik.

Namun, untuk membeli rumah, ada cabaran yang perlu dihadapi. Cabaran terbesar bagi bakal pemilik rumah hari ini adalah keperluan untuk mempunyai wang pendahuluan atau Down Payment (DP) yang dianggap agak tinggi, sekitar 10% daripada harga rumah. Contohnya, jika anda ingin membeli rumah yang berharga RM300,000, anda perlu menyediakan sekurang-kurangnya RM30,000 sebagai wang pendahuluan. Satu jumlah yang tidak kecil, bukan?

Lebih sukar bagi mereka yang tiada slip gaji, seperti pekerja sendiri, pekerja dalam industri gig, atau peniaga. Pihak bank mungkin kurang yakin dengan kemampuan mereka untuk membayar ansuran bulanan kerana kekurangan dokumen pendapatan yang masuk ke dalam akaun bank. Namun, ramai mungkin tidak tahu bahawa anda sebenarnya boleh membeli rumah tanpa perlu menyediakan wang pendahuluan yang tinggi. Bagaimana? Bukankah perlu menyediakan DP 10%?

Nak beli rumah tanpa bayar 'down payment'? Ini caranya..

Skim Jaminan Kredit Perumahan daripada SJKP Jawapannya adalah memanfaatkan skim Jaminan Kerajaan yang diuruskan oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP). Dalam pembentangan Belanjawan 2024, Kerajaan telah memperuntukkan RM10 bilion kepada SJKP untuk membantu rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri. Skim ini khusus untuk golongan yang tidak mempunyai slip gaji, seperti pekerja ekonomi gig, peniaga kecil, pekerja bebas, pemandu e-hailing, nelayan, dan peniaga dalam talian.

Untuk memanfaatkan SJKP, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi, terutamanya yang melibatkan pinjaman. Antara syarat lulus pinjaman perumahan adalah bayaran pinjaman bulanan tidak melebihi 65% daripada pendapatan kasar bulanan.

Selain itu, pemohon perlu memastikan tiada rekod CCRIS tertunggak melebihi 2 bulan dalam tempoh 12 bulan, dan tiada rekod kredit negatif lain. Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen berkaitan untuk menyokong permohonan ini. Anda boleh melihat senarai dokumen yang diperlukan melalui video di bawah.

Jadi, bagaimana SJKP membantu bakal pemilik rumah dalam hal wang pendahuluan atau DP?

Pertamanya, SJKP memberikan jaminan pembiayaan melebihi 100% daripada jumlah pembiayaan yang diperlukan. Ini termasuk pembiayaan pokok, MRTA/MRTT, LTHO, yuran guaman, dan juga kos penilaian.

Keduanya, SJKP menyediakan had jaminan pembiayaan sehingga RM500,000, yang merangkumi jumlah pembiayaan pokok, MRTA/MRTT, LTHO, yuran guaman, dan yuran penilaian.

Yang lebih penting, pembeli tidak perlu mengeluarkan wang muka atau wang pendahuluan kerana ia telah dijamin oleh SJKP.

Dengan manfaat daripada SJKP ini, sekurang-kurangnya ia dapat membantu ramai orang yang berhasrat membeli rumah tetapi terhalang oleh keperluan wang pendahuluan yang tinggi.

Namun, perlu diingat, SJKP hanya untuk pembeli rumah pertama sahaja. Jadi, jangan cuba menggunakan manfaat ini untuk membeli rumah sebagai pelaburan. Permohonan untuk tujuan lain tidak akan diluluskan.

Jika anda ingin maklumat lanjut mengenai SJKP, anda boleh melayari laman web SJKP. Semua maklumat sudah diterangkan di situ, jadi anda hanya perlu membaca, memahami, dan bertindak. Anda boleh membaca maklumat lanjut melalui pautan INI.

Baca Lagi:
Kereta hampir tenggelam, orang awam bantu selamatkan satu keluarga ini raih pujian ramai
“Ada yang berani lalu ke?”- Jambatan paling tinggi di dunia bakal siap tahun 2025
Tular wanita datang ketuk pintu rumah ke rumah dan minta RM100 atau RM150