Najib Razak dikatakan tidak sihat, tapi elok je main Facebook – Rafizi

Najib Razak dikatakan tidak sihat, tapi elok je main Facebook – Rafizi

Najib Razak dikatakan tidak sihat, tapi elok je main Facebook – Rafizi.

Tulisan-tulisan di Facebook Najib Razak tidak menggambarkan keadaan kesihatannya yang teruk, kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini.

Rafizi berkata bekas perdana menteri BN itu kelihatan seperti mempunyai akses bebas kepada dunia luar, yang mungkin mengesahkan dakwaan berkaitan layanan istimewa kepada “Merpati” di penjara.

Sejak beberapa hari lalu beredar dakwaan layanan istimewa diberikan terhadap Najib – yang dirujuk dengan nama kod Merpati – di media sosial.

Najib Razak dikatakan tidak sihat, tapi elok je main Facebook - Rafizi

Dakwaan itu antaranya melibatkan pengubahsuaian ruang penjara untuk Najib dan rancangan untuk membawa dia ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) bagi memudahkannya menerima tetamu dan mendapat kemudahan orang kenamaan (VIP).

Bercakap kepada Malaysiakini, Rafizi berkata, dia pada mulanya enggan mengulas mesej yang tersebar itu kerana tiada nama penulis.

Bagaimanapun, kata bekas ahli parlimen Pandan itu lagi, mesej di Facebook Najib semalam – mengulas pendekatan PKR untuk mendekati pengundi atas pagar – menarik perhatiannya.

“Saya keliru. Rakyat diberitahu bahawa kesihatan Najib tidak baik, tetapi sebaliknya dia nampak macam sihat dan malah boleh buat hantaran di Facebook,” katanya.

Tambah Rafizi, Najib boleh berhujah bahawa hantaran di media sosial itu mungkin dibuat oleh pentadbirnya.

Najib Razak dikatakan tidak sihat, tapi elok je main Facebook - Rafizi

Bagaimanapun, katanya, Najib tidak sepatutnya mempunyai interaksi dengan dunia luar.

“Bagaimana dia sampaikan mesej kepada pentadbir Facebooknya, lebih-lebih lagi bagaimana dia tahu apa yang saya cakap semasa pelancaran jentera pilihan raya PKR pada Ahad lalu?” katanya.

Menurut Rafizi lagi, jika benar Najib akan dihantar ke HRC, ia sekali gus mengukuhkan dakwaan di Internet itu.

“…dan ini isu serius yang perdana menteri, menteri dalam negeri dan kerajaan perlu jawab,” katanya.

Malaysiakini sudah menghubungi Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Penjara dan wakil Najib dan sedang menunggu penjelasan mereka.

Najib Razak dikatakan tidak sihat, tapi elok je main Facebook - Rafizi

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Dia dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur minggu lepas dan dikatakan menghadapi masalah ulser perut dan darah tinggi.

Semasa dipenjarakan, Presiden PKR Anwar Ibrahim juga pernah dimasukkan ke HRC.

Rafizi bagaimanapun berkata kes itu berbeza sama sekali kerana barang keluar masuk diperiksa, termasuk kertas dan buku nota peguam.

Anwar juga, kata Rafizi, sudah menghabiskan masa beberapa tahun di dalam penjara sebelum dipindahkan ke HRC, serta mempunyai alasan perubatan yang sah.

Baca Lagi:

Sesiapa jumpa Chong Loong, ganjaran RM150,000 akan diberi

Mee segera ada perisa “babi” tapi ada logo Halal

Lelaki sebar video teman wanita “beromen” dengan pelakon terkenal di kelab malam

CATEGORIES