Najib Razak akan kembali ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok

Najib Razak akan kembali ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok

Najib Razak akan kembali ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok.

Selepas dua hari menjalani hukuman di Penjara Kajang, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadiri prosiding kes penyelewengan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan salah guna kuasa untuk meminda laporan audit 1MDB di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.

Mengesahkan perkara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata, prosiding diadakan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Keesokkan hari, Najib akan mengikut prosiding kes meminda laporan audit 1MDB.

Selain Jumaat, mahkamah telah menetapkan beberapa tarikh lain iaitu 2 September serta 21, 25 dan 28 Oktober untuk meneruskan perbicaraan.

Dalam kes itu juga, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy pula didakwa bersubahat dalam membuat pindaan itu bagi melindungi Najib daripada tindakan tata tertib, sivil atau jenayah.

Baca Lagi:

Suasana kecoh depan Istana Negara, penyokong Najib Razak serah memo mohon pengampunan Agong

Selepas Najib disumbat penjara Kajang, ini komen Muhyiddin

Sebelum tinggalkan rumah, kena letak duit syiling dalam ‘freezer’, ini sebabnya yang ramai belum tahu

CATEGORIES