Nahas pesawat angkara dua Pilot bertaruh mendarat dengan menutup mata

Nahas pesawat angkara dua Pilot bertaruh mendarat dengan menutup mata

Nahas pesawat angkara dua Pilot bertaruh mendarat dengan menutup mata.  Apakah pertaruhan paling bodoh dan tidak bertanggung jawab pernah anda dengar dalam hidup? Bagi dua orang juruterbang, Alexander Klyuyev dan Gennady Zhirnoc, mereka bertaruh sama ada Alexander boleh mendaratkan sebuah pesawat komersial diterbangkannya dengan menutup mata. Tidak syak lagi pertaruhan bodoh itu akhirnya mengakibatkan kemalangan buruk mengorbankan puluhan nyawa tidak berdosa.

Pada 20 Oktober 1986, sebuah pesawat Tupolev 134A memulakan penerbangan membawa penumpang domestik dari Yaketerinburg ke Grozny. Semasa dalam penerbangan menuju ke Pegunungan Ural, Gennady muncul dengan idea untuk bertaruh bagi menguji kemahiran Alexander di dalam mengendalikan pesawat itu.

Nahas pesawat angkara dua Pilot bertaruh mendarat dengan menutup mata

Syarat pertaruhannya mudah: Alexander harus mendaratkan pesawat, dipenuhi dengan penumpang, hanya menggunakan instrumen penerbangan. Ini bermakna dia tidak akan melihat daratan kerana tingkap kokpit akan ditutup.

Berdasarkan hasil siasatan pihak berkuasa, pertaruhan itu bermula pada 3:48 PM, dua minit sebelum pesawat itu dijadualkan mendarat pada ketinggian 1,300 kaki. Dengan penuh yakin akan kemahirannya, Alexander mengarahkan jurutera penerbangan pesawat supaya menarik penutup tingkap tingkap bagi melakukan pendaratan buta.

Ketika pesawat turun, penggera telah berbunyi memberi amaran kepada Alexander. Rakaman menunjukkan bahawa pengawal lalu lintas udara mendapati juruterbang itu cuba mendarat secara tidak tepat, tanpa panduan ‘verticle’

Namun di saat pesawat semakin menghampiri landasan, pengawal telah meinta agar Alexander terbang semula bagi mengubah kedudukan pendaratannya. Ketika berada pada jarak hanya 200 kaki dari landasan, Alexander dengan berani tidak mengendahkan mereka dan tetap meneruskan pendaratannya.

Ketika itulah dia tiba-tiba hilang kawalan, akibat silap menghitung kelajuan dan ketinggian pesawat tersebut. Dengan pantas, kedua-dua juruterbang itu menyingkap kembali tirai bagi mengelakkan perkara buruk berlaku. Juruterbang berkenaan cuba membatalkan pendaratan, namun segalanya sudah terlambat.

Tindakan itu menyebabkan pesawat terbabit terhempas di atas landasan dan meluncur pada kelajuan 280 km/J, sebelum ia terbalik dan terbakar.

Akibatnya

Pesawat itu membawa 94 orang penumpang, terdiri daripada 87 orang awam dengan 14 daripadanya merupakan kanak-kanak dan 7 orang anak kapal. Meskipun semua kanak-kanak di bawah umur terselamat, nahas itu telah meragut nyawa 63 orang, tidak termasuk 7 orang lagi meninggal dunia akibat kecederaan di hospital. Ironinya, Alexander dan Gennady selamat dari kesan awal nahas dan kebakaran disebabkan oleh mereka.

Nahas pesawat angkara dua Pilot bertaruh mendarat dengan menutup mata

Namun malang bagi Gennady, dia juga menjadi mangsa akibat cabarannya kepada Alexander. Walaupun selamat dari kemalangan itu pada peringkat awal, Gennady telah meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan menuju ke hospital.

Alexander pula masih hidup, dan usianya cukup lama untuk menjalani perbicaraan atas tindakan bodoh itu sebelum dijatuhi hukuman lima belas tahun penjara oleh Mahkamah Agung Persekutuan Rusia. Hasil siasatan mahkamah memutuskan bahawa kemalangan itu dapat dielakkan sepenuhnya. Mereka membuat kesimpulan bahawa ramai orang mati hanya kerana kesombongan seorang lelaki yang terlalu yakin dengan kemahirannya.

Alexander didapati bersalah melanggar peraturan kerana melakukan pendaratan tanpa melihat landasan. Pendaratan buta hanya dibenarkan dalam pesawat latihan sahaja, dengan kehadiran jurulatih berpengalaman duduk di kerusi co-pilot.

Kebanyakkan syarikat penerbangan di barat telah lama mengharamkan pendaratan pesawat tanpa melihat seperti itu, atas faktor keselamatan. Ketika itu pendaratan buta masih dibenarkan di Rusia, namun secara teknikal ia hanya untuk tujuan latihan penerbangan menerusi pesawat latihan di bawah pengawasan jurulatih berpengalaman.

Skandal penerbangan Aeroflot Flight 6502 begitu kontroversi sehingga pihak berkuasa Rusia memutuskan untuk menyekat gambar nahas itu dari akses orang ramai. Alexander telah melanggar setiap peraturan untuk menang sedikit dalam pertaruhan, manakala individu-individu lain dalam pesawat pula sebenarnya boleh campur tangan untuk mencegah kemalangan itu. Malangnya, sama ada juruterbang atau jurutera, mereka tidak melakukannya.

Gennady, yang bertaruh bahawa pendaratan tanpa melihat landasan tidak dapat dilakukan, muncul sebagai seorang pemenang. Malangnya, kemenangan itu telah mengorbankan nyawanya sendiri dan orang-orang lain. – wikipedia 

Baca Lagi:

Doktor paling sempoi, minta ubat batuk sekali dapat bunga cengkih

Mysejahtera mungkin akan digunakan untuk mudahkan derma organ

Nampak je sama, tapi lain sebenarnya..Ini jenis susu dalam tin yang ramai belum tahu

CATEGORIES
TAGS