Nafsu syaitan, bapa jadikan dua anak kandung hamba seks selama 7 tahun

Nafsu syaitan, bapa jadikan dua anak kandung hamba seks selama 7 tahun

Nafsu syaitan, bapa jadikan dua anak kandung hamba seks selama 7 tahun.

Seorang bapa mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen Melaka, hari ini atas 28 pertuduhan merogol, melakukan seks luar tabii dan amang seksual terhadap dua anak kandungnya, sejak tujuh tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 56 tahun itu membuat pengakuan tersebut sejurus kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin, lapor Kosmo.

Bagaimanapun, keputusan hukuman terhadap tertuduh ditangguhkan sehingga esok bagi semakan fakta kes.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-13, tertuduh didakwa telah merogol anak kandungnya yang kini berusia 19 tahun sejak 2015 sehingga 2018 yang mana perhubungan antara mereka tidak dibenarkan undang-undang untuk berkahwin.

Nafsu syaitan, bapa jadikan dua anak kandung hamba seks selama 7 tahun

Bagi pertuduhan 14 hingga 21, dia yang bekerja sebagai penyelia syarikat pemegang pelaburan didakwa turut melakukan perbuatan sama terhadap anak keduanya yang kini berusia 15 tahun sejak 4 Mei 2019 hingga 5 September 2022.

Bagi semua perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta 10 sebatan bagi setiap pertuduhan.

Bagi pertuduhan 22 sehingga 26, tertuduh didakwa telah melakukan hubungan seks dengan memasukkan objek ke dalam kemaluan mangsa tanpa kebenarannya dan didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan denda serta sebat.

Dua lagi pertuduhan melibatkan perbuatan amang seksual fizikal dan persetubuhan bertentangan aturan tabii.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta sama dan Seksyen 16 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan antara 24 September 2015 hingga 5 September 2022.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminannya dikurangkan dengan alasan menghidap penyakit jantung, penyakit kulit kronik, darah tinggi dan kencing manis.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM96,000 bagi kesemua 28 pertuduhan tersebut.

Dalam pada itu, dalam prosiding berasingan di hadapan Majistret Mazana Sinin, tertuduh turut mengaku bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata ugutan terhadap isteri dan anak-anak di lokasi sama pada 5 September lalu.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mazana bagaimanapun turut menangguhkan keputusan hukuman sehingga esok dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000.

Baca Lagi:

Bangunan tinggi Telecom 218 meter terbakar

Lelaki India muncul manusia kedua terkaya dunia “harta bertambah RM 23.58 bilion sehari”, rupanya ini pekerjaannya

Kelantan ada konsert! Baby Shima tak puas hati, perli PU Syed “Kalau melibatkan aku, laju je bersuara”

CATEGORIES