Nadia Brian mahu cari suami kuat agama, tak sangka terima ‘DM’ dari ustaz Mekah

Photo of author

By Joe

Nadia Brian mahu cari suami kuat agama, tak sangka terima ‘DM’ dari ustaz Mekah. Selepas pelakon Nadia Brian menyatakan dirinya sedang mencari calon suami beragama, dia ada menerima mesej peribadi di akaun Instagramnya daripada beberapa individu yang mahu berkenalan.

Menurut laporan Kosmo, Nadia beranggapan ia hanya sekadar gurauan dari peminat dan tidak mahu mengambilnya sebagai perkara yang serius.

Ramai sebenarnya yang mesej saya melalui Instagram dan ada juga ustaz yang katanya berada di Mekah turut berminat dengan kenyataan saya.

Nadia Brian mahu cari suami kuat agama, tak sangka terima 'DM' dari ustaz Mekah

Bagaimanapun saya tahu semua orang hanya main-main sahaja untuk konten di TikTok ataupun platform sosial media yang lain, jadi saya anggap mereka hanya bergurau dengan saya.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashid pernah menyatakan hasrat untuk mencari teman hidup yang mempunyai asas agama yang baik dan mampu mengharungi hidup susah senang bersama.

Saya disua soalan tentang ciri bakal suami yang dicari, jadi saya beri kenyataan inginkan lelaki beragama, tetapi mungkin dalam penulisan, ada penambahan perkataan sehingga mengundang kecaman ramai.

Nadia Brian mahu cari suami kuat agama, tak sangka terima 'DM' dari ustaz Mekah

Sebagai wanita, mestilah kita inginkan lelaki yang mampu membimbing selain boleh mengharungi susah senang bersama.

Namun saya akui, untuk berubah sebenarnya bergantung pada diri sendiri.

Dalam pada itu, Nadia juga berharap supaya orang ramai mendoakan yang baik-baik untuknya.

Malah, aktres itu akui dia sedang mempelajari dan mendalami ilmu agama namun belum bersedia untuk berkongsi perkara tersebut kepada peminat.

Saya tahu ramai kata saya tak sesuai dengan orang alim sebab pakaian, cuma apa yang boleh saya kata doa yang baik-baik, lagipun penampilan saya tidaklah keterlaluan.

Nadia Brian mahu cari suami kuat agama, tak sangka terima 'DM' dari ustaz Mekah

Jika kalian rasa keterlaluan, saya minta maaf, saya masih menjaga batas, tidak mengganggu sesiapa dan tahu menjaga diri dan saya berniat nak berubah menjadi lebih baik.

Inisiatif mendekati agama seperti mengaji tidak pula saya berkongsi kepada orang ramai sebab benda baik ini biarlah saya sahaja yang tahu.

Terdahulu, Nadia Brian sering dikecam kerana penampilannya yang agak seksi namun, aktres itu terbuka dalam menerima teguran.

Baca Lagi:
Baru seminggu cerai dengan Farid Kamil, Diana Danielle dah ada pengganti?, ini videonya
Gadis bawah umur bersalin sendiri sampai terkoyak dubur, kemungkinan akan buang air besar atau kentut menerusi lubang faraj
Dakwaan lebih 200 sekolah agama di Selangor diarah tutup, ini cerita sebenar