Nad Zainal sah nikah dengan Ungku Ismail, kenali latar belakang siapa sebenarnya lelaki ini

Nad Zainal sah nikah dengan Ungku Ismail, kenali latar belakang siapa sebenarnya lelaki ini

Nad Zainal sah nikah dengan Ungku Ismail, kenali latar belakang siapa sebenarnya lelaki ini. Sudah terang lagi bersuluh, pasangan pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail kini sah bergelar suami isteri.

Menerusi kemas kini terbaharu yang dikongsikan Nad dalam Instagram miliknya, dramatis itu memuat naik beberapa keping foto termasuk sekeping gambar dahinya dicium Ungku usai disatukan dalam sebuah majlis pernikahan.

“Alhamdulillah,” tulis Nad ringkas.

Nad Zainal sah nikah dengan Ungku Ismail, kenali latar belakang siapa sebenarnya lelaki ini

Dalam hantaran itu juga, Nad atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, turut berkongsi jumlah mas kahwin yang diterimanya iaitu sebanyak RM1,000 berserta gelang tangan emas daripada pengantin lelaki.

Turut tertera, tarikh kedua-duanya disatukan sebagai suami isteri iaitu pada 23 Januari lalu bersamaan dengan 1 Rejab 1444 Hijrah.

Berita gembira yang dikongsikan pelakon bertubuh kecil molek itu turut mendapat perhatian ramai rakan artis apabila masing-masing men1nggalkan ucapan tahniah dan mendoakan perkahwinan kedua Nad dan pertama buat Ungku itu berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Nad Zainal sah nikah dengan Ungku Ismail, kenali latar belakang siapa sebenarnya lelaki ini

“Alhamdulillah. Tahniah Nad dan Ungku,” ucap pengacara Uyaina Arshad.

“Tahniah. Semoga sampai ke syurga,” komen pelakon Janna Nick.

“Semoga berbahagia di dunia dan di akhirat,” tulis selebriti terkenal, Fazura.

Momen usai pernikahan bersama Ungku Ismail dikongsikan Nad Zainal dalam Instagram miliknya.

Biodata Ungku Ismail Aziz

Ungku Ismail Aziz bakal menjadi gandingan terbaharu aktres Mira Filzah untuk drama rantaian yang akan menghiasi slot Akasia, berjudul Adellea Sofea.

Naskhah arahan Shahrulezad Mohameddin itu menemui penonton mulai Disember ini, dengan turut menampilkan pelakon Jasmine Suraya Chin, Fizo Omar, Bella Dally, Iman Zulkarnain dan ramai lagi.

Biodata Ungku Ismail

1. Nama sebenarnya, Ungku Ismail bin Ungku Abdul Aziz. Menggunakan nama komersial, Ungku Ismail Aziz.

2. Kelahiran Johor Bahru, Johor pada 26 Disember 1985. Kini berusia 34 tahun.

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Anak kepada pasangan Ungku Abdul Aziz (bapa) dan Faridah binti Ismail (ibu).

5. Pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal daripada University Of Strathclyde Glasgow, United Kingdom.

6. Merupakan pelakon, pengarah, pengacara dan pemuzik yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2006.

7. Antara drama dibintanginya seperti Dunia Baru, Tari Tirana, Isteri Tuan Ihsan, Sein Dan Luna, Pembancuh Kopi Mr. Vampire dan Dendam Aurora.

8. Termasuk telefilem Sutun 2, Antara Garisan, Isteriku Bukan Tukang Masak, Hajat, Jubah Untuk Airin, Setan Dalam Poket dan banyak lagi.

9. Pembabitannya di pentas teater menerusi pementasan Wira Samudera, Wadah dan Tun Sri Lanang.

10. Pemegang trofi kategori Bintang Telenovela di Anugerah Telenovela ke-4 pada 2019.

Fakta Menarik

  • Bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Jaafar, Johor Bahru.
  • Berketinggian 1.85 meter.
  • Mempunyai pertalian darah dengan kerabat diraja Johor.
  • Pernah menyertai rancangan realiti Fear Factor Malaysia musim kedua bersama rakan gandingan, aktres Fify Azmi.

Namanya sebagai pelakon melonjak naik selepas menjayakan watak Ezwan Lutfi dalam drama bersiri, Teman Lelaki Upahan yang bersiaran di slot Akasia TV3.

Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @ungkuismailaziz sehingga kini sudah mencatatkan lebih 370,000 pengikut.

Nad mula menjalinkan hubungan rapat dengan Ungku Ismail selepas sama-sama terlibat menerusi drama Cina Buta, seterus berlanjutan sebagai rakan kongsi menjayakan program berbentuk travelog dalam saluran YouTube milik pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu.

Keintiman mereka semakin dapat ‘dihidu’ apabila Ungku Ismail dilihat setia di sisi Nad sepanjang dramatis itu berada dalam situasi kesihatan kritikal akibat masalah paru-paru pada November lalu.

Nad turut mengakui menyayangi lelaki itu apabila memuat naik satu hantaran berbaur cinta ingin kekal selama-lamanya mencintai Ungku.

Baca Lagi:
Ira Kazar hamil?
Ikut trend TikTok, lelaki buat kejutan dapat bonus terus balik kampung belanja mak
KJ masih menaruh harapan mahu jadi Perdana Menteri akan datang
CATEGORIES