Nad Zainal mula kongsi pengalaman sebulan terlantar di hospital tak sedar diri

Nad Zainal mula kongsi pengalaman sebulan terlantar di hospital tak sedar diri

Nad Zainal mula kongsi pengalaman sebulan terlantar di hospital tak sedar diri. Pelakon, Nad Zainal yang membuat kemunculan selepas sebulan menerima rawatan di sebuah pusat perubatan akibat pendarahan dalam paru-paru berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya.

Nad yang membuat sesi siaran langsung di TikTok pada jam 8 malam tadi berkata, apa yang berlaku adalah suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

“Selama sebulan di hospital adalah pengalaman bermakna dan tak akan dapat saya lupakan. Ia membuatkan saya lebih menghargai kehidupan dan akan lebih berhati-hati.
“Saya akan selalu melakukan pemeriksaan kesihatan selain nak hargai semua makanan. Tak mahu buang-buang dah. Nanti kita cerita selebihnya.
“Sekarang ini saya cuma nak kongsikan keadaan saya. Apa yang terjadi sepanjang saya jalani rawatan akan saya kongsikan nanti, termasuk apa yang saya mimpi ketika tidak sedar,” katanya.

Nad Zainal mula kongsi pengalaman sebulan terlantar di hospital tak sedar diri

Nad yang kelihatan sebak ketika siaran langsung itu turut berkongsi reaksi anak-anak sebaik melihatnya kembali sihat.

“Sudah tentu mereka gembira. Ibu bapa saya datang terlalu awal sebelum saya dibenarkan keluar hospital.

“Jadi saya minta kebenaran pihak hospital untuk saya jalan keluar ke kereta ibu bapa. Nak tengok anak-anak saya.

“Saya berjalan buat pertama kalinya dari hospital. Saya nampak Som (panggilan anak kedua), dia tunjuk ke arah saya dan cakap ‘mummy’.

“Boleh nampak dari dalam kereta, Som dah senyum dan barisan gigi dia sudah penuh. Ketika saya dalam wad, dia sakit gusi sebab nak tumbuh gigi.

“Itulah pengalaman yang saya tak boleh lupa dengan melangkah keluar kena matahari. Dia macam ‘wow’ hidup baru. Begitulah, sebulan kot tak jumpa anak,” katanya .

Menurut Nad, buat masa ini dia akan berehat daripada dunia lakonan selepas mengambil kira pelbagai faktor serta nasihat keluarga dan rakan-rakan.

Dalam masa sama, Nad turut menghargai semua pihak yang menitipkan semangat serta doa yang baik-baik serta meminta segelintir pihak agar menghentikan spekulasi yang tidak berasas.

Antaranya Nad menolak dakwaan yang mengatakan punca penyakit yang dialaminya adalah disebabkan supplemen yang diambilnya.

“Timbul isu kononnya saya sakit kerana makan supplemen sampai jadi viral. Ternyata spekulasi itu tidak betul sama sekali.

“Ini sedikit sebanyak buat saya sangat bersalah sampai fikir kenapa saya sakit sampai mengganggu perniagaan orang. Ini luar kawalan saya. Saya nak terangkan ia tak ada kaitan dengan supplemen,” katanya.

Sebelum ini, pengarah, Shahrulezad Mohammedin memaklumkan Nad sudah mampu berbual dan ketawa serta menunjukkan perkembangan positif.

Malah, Shahrulezad juga memberitahu pelakon berkenaan telah dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) ke wad biasa.

Terdahulu, Nad dimasukkan ke Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri, di sini, sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

@nad.zainal Assalamualaikum semua #nadzainalchallenge ♬ bunyi asal – Nad Zainal

Baca Lagi:
Selepas 24 tahun, Tun Mahathir masih tidak percaya bekas anak didiknya boleh mentadbir negara
Rumah tinggal 3 bulan, tapi dalaman kemas, tak berhabuk. Aku terkejut jumpa banyak rambut uban putih panjang
Akan kembali bersama Sepahtu?, ini jawapan Shuib buat peminat rasa gembira
CATEGORIES