Myvi penghantar barang ‘dibom’, ini punca sebenar

Myvi penghantar barang ‘dibom’, ini punca sebenar

Myvi penghantar barang ‘dibom’, ini punca sebenar. Hubungan sulit dikatakan menjadi punca sebuah kereta jenis Perodua Myvi milik penghantar barangan dan parcel ‘dibom’ dalam kejadian di Padang Jawa, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, perkara itu diketahui hasil siasatan lanjut terhadap kes tersebut dan usaha sedang dilakukan bagi menangkap suspek yang terlibat.

“Motif disyaki kerana mangsa ada skandal (hubungan) dengan seorang wanita. Ini lebih kepada isu peribadi dan kita masih mengumpul keterangan cukup untuk tangkapan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Myvi penghantar barang 'dibom', ini punca sebenar

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang penghantar barangan dan parcel terkejut apabila kereta Perodua Myvi miliknya ‘dibom’ dalam kejadian di hadapan rumahnya di Padang Jawa, di sini baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 pagi pada 17 Februari lalu, bumbung kenderaan milik lelaki berusia 35 tahun tersebut didapati berlubang disyaki terkena bahan letupan.

Kosmo! difahamkan bahan letupan itu dibuat menerusi pengumpulan belerang dari mercun bola dan dibuat sumbu sendiri sebelum dibakar.

Setakat ini 10 saksi telah dirakam percakapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Baca Lagi:
Penjawat awam kutuk Kerajaan Perpaduan, rasa loya nak tulis ‘Malaysia Madani’ di hujung surat rasmi
10 artis ini bekas Ratu Cantik Malaysia, no 3 paling hot sampai sekarang
Rupanya ada 12 jenis payudara wanita yang ramai tak perasan
CATEGORIES