Mydin gaduh dengan Azwan Ali, sekali ini yang admin Mydin bagi

Mydin gaduh dengan Azwan Ali, sekali ini yang admin Mydin bagi

Mydin gaduh dengan Azwan Ali, sekali ini yang admin Mydin bagi. Ahad lalu, kecoh di media sosial mengenai berita kebakaran gedung perniagaan tekstil Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7 sehingga menarik perhatian pengacara sensasi, Azwan Ali mengeluarkan ciapan berhubung isu tersebut.

Azwan Ali tempelak Pengarah Urusan MYDIN menari di TikTok

Namun, apa yang menarik perhatian adalah Azwan Ali atau mesra disapa Diva AA dilihat menegur cara pemasaran sebuah gedung perniagaan MYDIN sehingga menarik perhatian ramai.

Bagi yang mengikuti akaun rasmi TikTok MYDIN, pasti tahu mereka sememangnya aktif memuatnaik video hiburan disamping mempromosikan perniagaan mereka kepada pelanggan.

Mydin gaduh dengan Azwan Ali, sekali ini yang admin Mydin bagi

Malangnya, pengacara berusia 56 tahun itu β€˜tempelak’ dengan berkongsi tangkap layar sedutan video Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin sedang menari di laman TikTok.

β€œJakel tuhan dah tunjuk! Yang kau? Dah tua sendu masih menggelupur menari di TikTok. Muhasabah woii!!”ciapnya.

Boleh dapatkan cermin di MYDIN

Tidak mudah melatah dan sedia maklum dengan lawak bersahaja yang sering dimuat naik di laman Twitter, admin akaun berkenaan memberi pautan membeli cermin kepada Azwan Ali.

Pemberian itu seolah-olah memberitahu agar Azwan Ali cermin diri sendiri dulu sebelum berkata kepada seseorang.

@mydinmalaysia Selamat menyambut Tahun Baru 2023! #AmeerMydin ♬ original sound – Mydin Malaysia

Smooth betul!
Rata-rata warganet bersependapat dengan cara admin Twitter berkenaan membalas ciapan Azwan Ali yang sememangnya terkenal dengan mulut laser, selain mengatakan MYDIN berani untuk bertindak sedemikian.
Baca Lagi:
Kerja 12 jam sehari, β€˜siang jadi foodpanda, malam siapkan tesis’, akhirnya lelaki ini bergelar doktor
β€˜lni semua saIah Yusuf HasIam’ – Anggota polis berdiri tegak di roadbIock, lepas nampak Deen Maidin
Dah 3 bulan kahwin langsung tak disentuh suami, mertua asyik suruh teman dia tidur, akhirnya ini yang jadi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *