MyDebit Cash Out kenakan caj RM0.50 bermula 1 Julai 2022

84745c33 dcad 4e6d bb71 c73d1b897b8d e1655446047895

MyDebit Cash Out kenakan caj RM0.50 bermula 1 Julai 2022.

Alliance Bank telah membuat pengumuman bahawa yuran Pengeluaran Tunai MyDebit akan dikenakan caj RM0.50 bagi setiap transaksi keluar tunai bagi setiap pemegang kad MyDebit bermula dari 1 Julai 2022.

Ia juga menyatakan bahawa pengeluaran wang tunai digunakan untuk peniaga dan peruncit terpilih. Selain itu, bank-bank lain seperti CIMB, HSBC, Bank Islam, OSBC dan Standard Charted turut ikut serta dalam perubahan tersebut.

MyDebit Cash Out kenakan caj RM0.50 bermula 1 Julai 2022

Walaupun begitu, PayNet yang merupakan penyedia MyDebit Cash Out masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hal ini. Banyak bank lain yang menerima MyDebit Cash Out seperti Affin Bank, Maybank, Public Bank, UOB dan lain-lain tidak membuat pengumuman atas sebab tertentu tetapi pengeluaran tunai masih akan di kenakan yuran RM0.50.

MyDebit Cash Out membolehkan rakyat Malaysia mengeluarkan wang daripada peniaga atau peruncit terpilih secara langsung untuk membeli barangan dan produk. Perkhidmatan PayNet yang lain seperti DuitNow, JomPAY, DirectDebit, FPX dan GIRO Antara Bank tidak terjejas oleh perubahan ini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Baca Lagi:

Malang tidak berbau, dua rakan sedang berborak di tepi jalan maut dirempuh kereta

Nasib malang! Lelaki Malaysia menang laga ayam ditembak penduduk Thailand

“Tidak molek banduan dijemput ke istana” – Tun M

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *