Musim hujan berebut nak makan Maggi kari tumis, ini cara buat

Musim hujan berebut nak makan Maggi kari tumis, ini cara buat

Musim hujan berebut nak makan Maggi kari tumis, ini cara buat. Musim hujan ni, kalau dapat hirup kuah memang nikmat habis. Lagi-lagi kalau buat Maggi Kari Tumis, mesti lagi berebut.

Memang maggi ni favourite semua orang lah senang kata. Siapa je yang boleh tolak kalau dioffer.

Nak masak maggi kari ni, kena pandai tau. Silap cara memang boleh spoil mood nak makan lah jawabnya. Dan paling penting nak masak maggi kari tu tak boleh nak masak banyak-banyak sekali gus. Nanti boleh lari rasanya.

Maggi kari ni semua orang pandai buat. Asal magginya lembut, letak prencah, bubuh telur, masukkan sayur dah siap. Tapi nak yang super sedap mestilah ada caranya.

Musim hujan berebut nak makan Maggi kari tumis, ini cara buat

Ikuti resipi dari perkongsian Adie Ryhan ni. Tengok gambar pun dah boleh buat kita terliur tau.

Nak masukkan bahan apa, terpulang kepada kita. Ada yang suka masukkan ayam, sosej, dan nak mewah sikit boleh masukkan udang dan ketam. Memang hirup kuah sampai licin lah kita nanti.

Resipi Maggi Kari Tumis

Buat masa ni, min pernah buat maggi kari sahaja tau. Untuk maggi tomyam dan maggi lain belum pernah cuba. Boleh lah korang cuba jika tak suka yang kari.

Bahan-bahan:

  • 1 pek Maggi Kari
  • Bawang putih
  • Bawang Holland
  • Cili Padi
  • 1 biji telur
  • 1 sudu air limau
  • Sayur Sawi
  • Isi ayam / Udang / Sotong

Cara memasak:

1) Tumiskan bawang putih + bawang holland + cili padi.

Musim hujan berebut nak makan Maggi kari tumis, ini cara buat

2) Masukkan udang atau apa² lauk pilihan.

3) Masukkan sambal. Gaul sehingga rata.

4) Masukkan air, kemudian masukkan perencah megi kari.

5) Sedikit air limau.

6) Masukkan megi dan sayur pilihan. Besarkan api.

Musim hujan berebut nak makan Maggi kari tumis, ini cara buat

7) Sebelum megi lembut, slow kan api, pecahkan sebiji telur. Lepas tu kuat kan api balik.

Musim hujan berebut nak makan Maggi kari tumis, ini cara buat

Nak pedas, boleh racikkan cili padi dan tumis sekali pada awal tadi. baru lah ngam!

Sebelum ni pernah juga min tengok beberapa versi buat maggi kari tumis ni. Termasuklah yang dikongsikan oleh Kak Lina Pom Pom tu. Haa beliau masukkan sedikit serbuk kari untuk sedapkan lagi rasa.

Selamat mencuba!

Baca Lagi:
MB Terengganu hilang, didakwa bercuti di Auckland ketika negeri dilanda banjir
Pengusaha dobi terkejut, selama ini dapat job cuci karpet sejadah rupanya dari rumah PM10
5 cara pilih durian terbaik untuk dapatkan isi yang puas hati
CATEGORIES