Murid perempuan dilapor hilang di sekolah

Murid perempuan dilapor hilang di sekolah

Murid perempuan dilapor hilang di sekolah.

Seorang murid perempuan Sekolah Kebangsaan Midah 1, Cheras dekat sini dilaporkan hilang petang ini.

Murid perempuan dikenali Sofia Raniya,8, itu adalah anak ketiga daripada empat beradik.

Memberitahu Utusan Malaysia, ibu kepada kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Ryana berkata, dia sepatutnya mengambil anaknya pulang kira-kira pukul 5.50 petang ini.

Murid perempuan dilapor hilang di sekolah

Namun, disebabkan keadaan lalu lintas yang sesak menyebabkan beliau lewat tiba pada pukul 6.20 petang.

“Setiba saya di sekolah, anak saya sudah tiada di sekolah,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, satu hantaran dimuat naik oleh Polis Kuala Lumpur menerusi laman facebook rasmi mereka memaklumkan pihak Ibu pejabat Polis Daerah Cheras dalam tindakan mengesan pelajar sekolah terbabit.

“Jika mana-mana pihak mempunyai maklumat berkaitan kanak-kanak di bawah, boleh menghubungi DCC IPD Cheras di talian 03-9284 5050 atau mana-mana balai polis yg berhampiran,” ujar hantaran itu.

Baca lagi:  Wanita ini terkejut bil elektrik cecah RM1,500 sebulan, rupanya ini jiran sebelah buat selama 5 tahun

Individu yang kehilangan status vaksinasi dibenarkan makan di restoran

1 Malaysia kena tipu, wanita ini dedah kisah sebenar pelajar kena maki dengan prof

CATEGORIES