Murid dari keluarga susah pakai kasut getah RM9 punyai bakat bola sepak luar biasa, harap dapat masuk akademi JDT

Murid dari keluarga susah pakai kasut getah RM9 punyai bakat bola sepak luar biasa, harap dapat masuk akademi JDT

Murid dari keluarga susah pakai kasut getah RM9 punyai bakat bola sepak luar biasa, harap dapat masuk akademi JDT. Hafiz menjadi perhatian kerana memakai kasut getah RM9 ketika pemilihan pemain bola sepak di Sabah, baru-baru ini.
DIBESARKAN dalam keluarga kurang berkemampuan tidak menjadi penghalang untuk kanak-kanak ini mengejar impiannya.

Hafiz, 12, baru-baru ini menjadi perhatian ramai kerana memakai kasut getah berharga RM9 ketika sesi pemilihan pemain bola sepak yang diadakan di Kampung Marais, Tenom, Sabah.

Lebih sayu, rakan-rakan yang lain kelihatan segak memakai but bola sepak manakala Hafiz tetap bersemangat menampilkan prestasi terbaik biarpun dirinya serba kekurangan.

Kisah mengenai kanak-kanak berbakat besar itu diceritakan oleh aktivis kebajikan Sabah, Adrian Edy yang turut bertemu dengannya untuk menyampaikan bantuan, Ahad lalu.

Murid dari keluarga susah pakai kasut getah RM9 punyai bakat bola sepak luar biasa, harap dapat masuk akademi JDT

“Kisah mengenai Hafiz dah viral di Facebook. Viral kerana sekeping gambar yang memaparkan dia pakai kasut getah warna hitam, kasut yang biasa dipakai oleh penoreh getah.

“Dia pakai kasut getah itu ketika pemilihan bola. Pada pemilihan itu, semua kawan yang lain pakai kasut bola. Sebab tu gambarnya viral, ramai yang tumpang simpati dengan nasib Hafiz.

“Rupa-rupanya keluarga dia susah. Ayah dia penoreh getah. Dia beli kasut tu RM9 saja. Walaupun pakai kasut getah, Hafiz berjaya melepasi pemilihan itu. Sampai coach pun berdiri tengok bakatnya.

“Saya difahamkan pemilihan di Tenom itu merupakan fasa sebelum dia pergi ke pemilihan terakhir di Johor nanti. Jika lepas pemilihan di Johor, dia akan diterima ke Akademi Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT),” ujarnya kepada mStar.

Dalam pertemuan pada Ahad, Edy bukan sahaja menyerahkan dua pasang but bola sepak baharu buat Hafiz, malah turut menghadiahkannya jersi yang ditempah khas buatnya.

@adrianedy7 Mengalir air mata adik Hafiz bila dapat hadiah kasut baru dan barang keperluan bolasepak yang lain, moga adik Hafiz akan berjaya masuk ke akademi bolasepak Johor Darul Takzim nanti. Doakan adik Hafiz ya semua ❤️ #fyp #adrianedy ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

“Masa jumpa dia memang malu-malu. Saya hadiahkan Hafiz dua pasang kasut bola baharu. Selain itu, saya juga ada bagi bola, selipar, kasut joging dan beg. Saya juga akan bantu dia untuk pergi ke Johor.

“Masa saya bagi kasut, dia terdiam. Dia kata selalu nampak but bola tu orang pakai dalam TV. Dia gembira bila dapat tengok depan mata. Saya juga hadiahkan jersi yang ditempah khas, ada nama dia dengan nombor tujuh, kebetulan dia minat Cristiano Ronaldo,” ujar Edy.

Tambah Edy lagi, dia juga beremosi tatkala menonton semula video pertemuan tersebut yang memaparkan Hafiz mengelap air mata tanda kesyukuran selepas diberikan hadiah.

Hafiz menerima but bola baharu pemberian Edy.

“Rupa-rupanya dia menangis. Masa jumpa tu tak perasan. Selepas dah balik, masa edit video baru nampak yang Hafiz lap air mata dia.

“Saya tanya Hafiz tentang impiannya. Hafiz kata dia nak jadi pemain bola sepak, dia nak ubah nasib keluarga. Dia tahu keluarganya susah, papa dia pun hanya mampu beli kasut getah je.

“Saya difahamkan Hafiz juga ada kakak Orang Kelainan Upaya (OKU). Dia berazam nak jadi pemain bola berjaya untuk bawa keluarga keluar dari kepompong kemiskinan,” ujar Edy lagi.

Di akhir bicara, Edy yang turut meminati sukan bola sepak menzahirkan harapan untuk melihat Hafiz terbang jauh dalam bidang sukan, sekali gus dapat mengharumkan nama negara suatu hari nanti.

Edy meluahkan hasrat untuk membantu perjalanan Hafiz ke Sabah.

“Bagi saya, kisah Hafiz ni sangat memberi inspirasi, khusunya untuk anak-anak di negeri Sabah. Saya berharap dia dapat pergi jauh dan berjaya dalam kerjaya yang diceburi.

“Dia pun ada berjanji dengan saya, dia nak berusaha sebaik mungkin kejar cita-citanya. Ini bagi saya antara detik paling sedih sepanjang saya terlibat dalam kerja-kerja kebajikan,” ujar Edy lagi.

Edy turut berkongsi video pertemuan dengan Hafiz menerusi Instagram dan TikTok sehingga ramai yang mendoakan kejayaan kanak-kanak itu dalam kerjaya bola sepak.

Baca Lagi:
Hidup berubah 360 darjah, dari cuci pinggan kini usahawan jeruk ‘nise’ tersohor Kelantan
Wanita 23 tahun bergelar jutawan, kerja hanya bersih rumah orang pendapatan RM2.6 juta sebulan
Akhirnya terbongkar kenapa tiket penerbangan umrah mahal, 6 suspek ditahan SPRM rasuah 10.8 juta
CATEGORIES