Mulai sekarang rakyat disarankan simpan 30 peratus daripada gaji

Mulai sekarang rakyat disarankan simpan 30 peratus daripada gaji

Mulai sekarang rakyat disarankan simpan 30 peratus daripada gaji. Garis panduan ideal untuk menguruskan perbelanjaan adalah dengan memperuntukkan 40 peratus daripada pendapatan bulanan kepada perbelanjaan, 30 peratus untuk melangsaikan komitmen dan 30 peratus lagi bagi simpanan.

Pengarah Urusan Wealth Vantage Advisory Sdn Bhd (WVA), Rafiq Hidayat Mohd Ramli, berkatapendekatan 40:30:30 itu boleh dijadikan sebagai garis panduan ideal dalam merancang perbelanjaan.

“Namun, secara realiti, keadaan kewangan setiap orang adalah tidak sama. Ada yang mempunyai pendapatan yang mencukupi dan ada yang tidak,” katanya kepada BH.

Sehubungan itu, beliau berkata orang ramai dinasihatkan menilai kedudukan kewangan mereka sebaiknya bagi mengelakkan berbelanja melebihi pendapatan.

Mulai sekarang rakyat disarankan simpan 30 peratus daripada gaji

Rafiq Hidayat berkata, bagi menguruskan pendapatan, pertama sekali individu perlu mengetahui keadaan kewangan untuk merangka belanjawan bulanannya.

“Setiap orang mempunyai keadaan kewangan berbeza dan mereka yang mempunyai pendapatan mencukupi perlu peka untuk mempunyai peruntukan bagi simpanan,” katanya.

Mengenai langkah yang boleh dilakukan kerajaan untuk meningkatkan tahap kesedaran menguruskan kewangan dengan baik, Rafiq Hidayat berkata, pendidikan berterusan mengenai pengurusan kewangan perlu diterapkan sejak bangku sekolah lagi.

Beliau berkata, pendidikan boleh diterapkan dengan lebih kreatif dan inovatif untuk memupuk sikap menabung sejak kecil dan bimbingan juga perlu bermula di peringkat keluarga.

Katanya, pendidikan menguruskan kewangan disesuaikan mengikut tahap pendidikan sama ada tadika, sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi.

Hasil Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Pertama 2022 yang dikeluarkan pada Oktober lalu mendapati hanya 20 peratus rakyat Malaysia mampu menampung perbelanjaan hidup bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan jika hilang pendapatan.

Situasi itu berlaku berikutan tiada tabung kecemasan, selain lebih suka berbelanja berbanding membuat tabungan.

Tinjauan dijalankan Jawatankuasa Kerja Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) melalui Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023.

FEN ialah platform antara agensi ditubuhkan bagi meningkatkan literasi kewangan rakyat Malaysia dengan menggalakkan inisiatif pendidikan kewangan yang berkesan.

Baca Lagi:
Pekerja kurier mahu wanita hormat dia sebagai lelaki, ramai yang berkemban, pakai boxer semasa ambil barang
Lelaki terkejut jumpa duit dalam dinding rumah sebanyak RM245,000, bila pergi bank lain pula yang jadi
Tanding PRN Selangor, ditawar jadi MB jika menang
CATEGORIES