Mulai esok, imbas suhu badan sebelum masuk sekolah tidak wajib

Mulai esok imbas suhu badan sebelum masuk sekolah tidak wajib

Mulai esok, imbas suhu badan sebelum masuk sekolah tidak wajib. Pemeriksaan suhu badan sebelum masuk ke premis institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak diwajibkan mulai esok.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu susulan pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 8 Februari lalu berkaitan pemansuhan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod mendaftar masuk ke mana-mana premis.

Baca lagi: Kalau ada RM2 juta bak mai, saya balik Malaysia – Sajat

Bagaimanapun, kata kementerian itu, semua guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP), pekerja perkhidmatan sokongan dan pelawat masih diwajibkan mengimbas kod QR melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis berkenaan.

Mulai esok, imbas suhu badan sebelum masuk sekolah tidak wajib

“Sebagai langkah keselamatan, ibu bapa atau penjaga dimohon untuk memastikan anak atau anak jagaan berada dalam keadaan sihat dan tidak bergejala sebelum hadir ke sekolah.

“Murid yang bergejala atau mempunyai ahli keluarga yang disahkan positif Covid-19 serta tinggal serumah tidak dibenarkan hadir ke sekolah,” katanya hari ini.

Baca lagi: Malu jadi lelaki kalau tak tahu 12 tips servis kereta ini

KPM memaklumkan, tahap kesihatan murid semasa berada di sekolah akan dipantau secara berterusan bagi memastikan murid yang bergejala diasingkan di bilik isolasi untuk tindakan selanjutnya.

KPM juga menyarankan ketetapan ini terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM.

Baca lagi:  Pegawai JPJ hilang RM8,400, ditipu kenalan rakan di Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published.