Mulai 1 Julai, penumpang Mas dan Firefly tidak perlu lagi matikan telefon bimbit ketika dalam kapal terbang

Mulai 1 Julai, penumpang Mas dan Firefly tidak perlu lagi matikan telefon bimbit ketika dalam kapal terbang

Mulai 1 Julai, penumpang Mas dan Firefly tidak perlu lagi matikan telefon bimbit ketika dalam kapal terbang. Malaysia Airlines Group (MAG) yang mengendalikan operasi Firefly, MASWings dan Malaysia Airlines mengumumkan bahawa akan menjadi penerbangan pertama membenarkan penumpang menggunakan peranti mudah alih (PED) ketika pesawat sedang berlepas dan mendarat.

Bermakna, penumpang tidak perlu lagi mematikan telefon pintar semasa pesawat berlepas dan mendarat mulai 1 Julai kelak.

Buat masa ini, penumpang masih lagi perlu mengikuti peraturan untuk mematikan peranti (PED) semasa berlepas dan mendarat. Ini termasuk telefon pintar, tablet dan sebarang peranti mudahalih kecil yang perlu disimpan di dalam poket di belakang kerusi.

Mulai 1 Julai, penumpang Mas dan Firefly tidak perlu lagi matikan telefon bimbit ketika dalam kapal terbang

Dengan peraturan baru ini, peranti ini boleh terus digunakan selagi mana mod penerbangan diaktifkan di peranti. Jadi, penumpang boleh terus menonton kandungan yang telah dimuat turun, bermula dari pesawat berlepas sehinggalah ia mendarat.

Selain itu, Malaysia Airlines juga akan menyediakan WiFi percuma untuk penumpang Business Suite, Business Class dan ahli Enrich Platinium (tanpa mengira kelas) dari 1 Julai hingga 31 Disember 2023.

Wi-Fi percuma ini bakal tersedia untuk 20 pesawat yang mempunyai perkhidmatan Wi-Fi. Penumpang juga boleh memilih untuk membayar penggunaan Wi-Fi menerusi MHConnect.

Baca Lagi:
Jutawan gagal peperiksaan masuk universiti untuk kali ke-27 berturut-turut
2 anak Azhar Sulaiman buat hal menari di TikTok, ‘part last’ tu sungguh tak sangka dia buat macam tu
Boleh ke bawa daging korban keluar dari kawasan atau negeri?, ini penjelasan agamawan yang ramai tak tahu
CATEGORIES