Mulai 1 April solat berjemaah di Masjid dan Surau tiada lagi penjarakan fizikal

Mulai 1 April solat berjemaah di Masjid dan Surau tiada lagi penjarakan fizikal

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Malaysia akan memasuki fasa peralihan ke endemik mulai 1 April ini.

Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor, melakukan penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta meneliti syor daripada Menteri Kuartet.

“Penting untuk saya maklumkan, fasa peralihan ke endemik ini merupakan ‘exit strategy’ untuk membolehkan kita semua kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas hampir dua tahun berperang dengan Covid-19.

Mulai 1 April solat berjemaah di Masjid dan Surau tiada lagi penjarakan fizikal

“Fasa ini juga merupakan fasa sementara sebelum negara beralih ke fasa endemik yang mana ia tertakluk kepada pengumuman yang hanya boleh dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO),” katanya dalam sidang akhbar khas di Parlimen pada Selasa.

Mengulas lanjut Ismail Sabri berkata, had waktu operasi bagi premis perniagaan turut dimansuhkan dan pemilik premis dibenar menjalankan waktu perniagaan mengikut syarat lesen masing-masing pada 1 April ini.

“Ini bermakna anda semua bolehlah makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam, terutamanya pada bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Bolehlah bersahur di luar.

“Namun pemakaian pelitup muka di tempat-tempat awam masih wajib dipatuhi oleh setiap individu.

“Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera juga masih diwajibkan dan hanya dikecualikan untuk kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai. Tambahan juga, MYSJTrace diwajibkan untuk tempat tertutup yang dipenuhi pengunjung,” katanya.

Dalam pada itu Ismail Sabri turut mengumumkan aktiviti solat berjemaah di masjid atau surau serta upacara sembahyang di rumah ibadat agama lain boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.

Bagaimanapun katanya, pelaksanaan dan prosedur operasi standard (SOP) akhir untuk masjid dan surau tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama negeri manakala untuk rumah ibadat agama lain tertakluk kepada Kementerian Perpaduan atau Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

“Sebelum ini, terdapat had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti yang melibatkan perkumpulan ramai. Dengan pengumuman peralihan ke endemik, had tersebut akan dimansuhkan secara menyeluruh namun penjarakan fizikal masih digalakkan,“ ujarnya.

📍 Negara masuk fasa peralihan endemik mula 1 April

📍 Bermula 1 April, pemakaian penutup muka masih wajib, pendaftaran Mysejahtera masih diwajib, had waktu operasi bagi premis dimansuh.

📍 Tiada lagi had kapasiti 50 peratus. Namun, penjarakan fizikal sangat penting dan masih digalakkan.

📍 Sempadan negara dibuka semula pada 1 April.

📍 Had waktu operasi premis perniagaan dimansuhkan bermula 1 April.

📍 Had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti perkumpulan ramai dimansuhkan.

📍 Mulai 1 April solat jemaah di masjid/surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal

— PM Ismail Sabri Yaakob

Baca Juga : Dah macam nyawa kucing, 7 kali terselamat kemalangan ngeri, kenali Frane Selak lelaki bertuah di dunia

Bumi Malaysia diramal akan diliputi salji

“Bukan ke dilarang merokok dalam pengangkutan awam? Macam mana lesen boleh lulus ni.”- netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *