“Muka isteri aku pucat dan terus baik demam bila aku tanya soalan pasal WhatsApp”

Photo of author

By Joe

“Muka isteri aku pucat dan terus baik demam bila aku tanya soalan pasal WhatsApp”. Nama aku H, 29 tahun dan menetap di selatan tanah air. Aku dah berkahwin dengan seorang perempuan berumur 27 tahun yang aku kenali dari sekolah lagi.

Kami berkahwin pada tahun 2023, masih belum dikurniakan cahaya mata. Insha Allah satu hari nanti.

Kisah ini bermula baru-baru ni sejak aku mula sibuk dengan business aku. Kerja hakiki aku pada hari biasa adalah sebagai pegawai eksekutif pemasaran sebuah syarikat pembuatan. Hujung minggu, aku akan buka kedai aku.

"Muka isteri aku pucat dan terus baik demam bila aku tanya soalan pasal WhatsApp"

Hari biasa, kedai aku akan dijaga oleh pekerja yang aku gajikan, hujung minggu pula adalah giliran aku untuk buka kedai.

Bermula dengan sebuah lot kedai kecil di kawasan tersorok, sekarang aku dah ade 1 lot kedai yang besar untuk perniagaan aku.

Walaupun sekadar sambilan, tapi keuntungan boleh lah tampung keperluan harian yang aku boleh katakan memberi keselesaan pada kami berdua suami isteri.

Nak dijadikan cerita, isteri aku emergency leave. Demam katenye. Jadinye aku pon balik untuk jaga walaupun isteri aku kate okay je kalau aku kerja.

Bila aku sampai je kat rumah, aku tengok isteri aku dah tidur dah dalam bilik. Mak mertua aku cakap dia dah makan padanol, terus tidur dalam bilik.

Ohh sekarang aku tinggal dengan mak mertua. Rumah baru kami baru je dapat kunci, jadinye banyak benda nak kena buat dulu. So bila aku masuk bilik, aku tengok isteri aku memang dah tidur. So aku kemas-kemas sikit, ingatkan nak baring sekali la.

Bila aku nak baring, aku nampak phone isteri aku ade di tangan dia. Memandangkan dia nak tidur, aku cuba alihkan phone tu dari tangan dia nak letak atas meja solek. Dapat je capai phone tu, tiba-tiba skrin menyala. Notification whatsapp masuk.
Menggelegak hati aku bila aku tengok mesej yang masuk tu tertulis “take care baby, makan ubat okay sayang”. Aku pasti itu bukan mesej yang aku hantar, dan nama yang diletakkan juga berbeza.
Aku buka whatsapp, bertambah-tambah menggelegak hati aku bila baca conversation whatsapp tu.

Untuk hari itu sahaja, isteri aku dah hantar 13 gambar pada lelaki tu. Dalam kereta, dalam lif, dalam tandas, bertudung, tak bertudung. You name it.

Aku baca conversation dorang dari pagi sampai laa jam 4 petang lebih sikit. Allahuu, retak hati aku selepas baca. Semuanya berkaitan s3ks.

Allahuu, aku tak kuat nak cerita isi conversation dorang. Ade 1 gambar yang dihantar pada lelaki tu adalah gambar belahan dada isteri aku yang dia ambil di dalam tandas. Menggigil tangan aku bila aku baca conversation dorang untuk hari tu.

Selalu juga aku check phone isteri aku, tak pernah pulak nampak conversation dia. Yang aku pasti, last conversation dorang adalah pada tahun 2022. Rupanya, ni lah kerja nya. Dia akan delete conversation sebelum balik ke rumah rupanya.

Aku ss semua conversation dia, aku simpan dalam phone aku. Habis je aku selongkar whatsapp dia, aku bukan gallery photos dia. Aku scroll.

Untuk harini sahaja, berpuluh gambar tak pakai baju dalam tandas office isteri aku dia ambil. Aku scroll lagi, ade banyak lagi gambar yang macam tu.

Bila diingat balik, isteri aku tak pernah hantar walau sekeping pon gambar macam tu kat aku ketika di pejabat. Ya Allah, ape pula ujian kau kali ni.

Selesai solat maghrib, aku ajak isteri aku duduk di katil. Aku bertanyakan tentang kesihatan dia. Dia kata masih demam, mungkin esok dia MC. Aku hanya cakap, kalau tak larat duduk je di rumah.

Selesai bertanyakan hal kesihatan, aku terus ajukan soalan pasal whatsapp tu. Pucat terus muka isteri aku.

Bermulalah drama airmata.

Aku terus tanya, boleh tak awak terus terang dengan saya, dah berapa lama awak buat kerja ni. Mulanya jawapan isteri aku baru-baru ni je katenye. Menuduh lelaki tu yang datang kat dia, memujuk rayu.

Tangan tak bertepuk kalau sebelah tangan je. Aku sangkal jawapan isteri aku yang menyatakan perkara ni baru sahaja berlaku. Semakin banyak disangkal, semakin banyak version cerita dia.

Aku keraskan suara aku, sehingga boleh didengar dari luar. Tersentak isteri aku. Terdiam dah kaku, linangan airmata masih deras. Barulah isteri aku cerita semuanya.

Aku mendengarkan ceritanya tanpa reaksi. Ade banyak benda yang dibuat belakang aku. Bertukar gambar tak senonoh, chat lucah, plan untuk check in airbnb, nak dating waktu lunch, banyak lagi.

Sedang dia bercerita, aku selongkar phone nye. Aku pergi ke voice recorder. Ya Allah, banyak nye voice recorder. Aku dengar satu per satu. Bila diamati, voice dirakam ketika kami “bersama”.

Yang paling menyedihkan, ade 1 voice recorder ketika kami bersama, tapi kedengaran nama lelaki tu dan bukan nama aku. Ya Allah, dugaan apakah ini.. Allahuuuu.

Aku tanyakan pada isteri aku, berapa kali dah berjumpa dengan lelaki tu. Dia kata belum pernah lagi, sebab isteri aku bekerja di daerah XX, dan lelaki tu bekerja di daerah XX. Agak sukar untuk berjumpa katenye. Jawapan apa pon yang diberi, terlalu sukar untuk aku percaya.

Aku teruskan lagi, ada apa-apa lagi yang awak sorok dari saya? Dia bercerita pula tentang rumah baru kami. Rupanya lelaki tu ada beli rumah yang sama, lokasi yang sama dengan rumah kami.

Allahuuuu, ujian apakah ini. Terduduk aku. Sepi. Menitis lemah airmata aku. Aku lalai. Mereka dah lama rancang. Aku yang lalai.

Semakin kuat isteri aku menangis. Boleh didengar dari balik pintu.

Aku seorang lelaki yang panas baran, tapi tak tahu datang mana ketenangan dalam diri aku masa aku tanya benda-benda ni pada isteri aku.

Aku bangun dari katil, menuju ke almari. Aku capai backpack aku. Aku masukkan semua pakaian dan keperluan aku ke dalam backpack. Merayu-rayu isteri aku minta dimaafkan, menahan aku dari meninggalkan rumah.

Teriakan isteri aku kedengaran sampai ke luar, sehinggakan mak mertua aku mengetuk pintu bertanyakan hal yang terjadi di dalam bilik kami. Aku menuju lemah ke pintu bilik, membuka pintu untuk mak mertuaku melihat keadaan di dalam bilik.

Tiada kata dari mulutku, hanya rayuan teriakan isteri aku memohon dimaafkan dan meminta mak mertuaku menghalang aku keluar dari rumah meninggalkan dia.

Berulang kali soalan ditanya oleh mak mertuaku tentang apa yang terjadi, tetapi dibalas sepi olehku.

Selesai mengemas pakaian, aku berangkat keluar dari bilik. Sebelum keluar, aku ke meja solek. Aku cabut cincin nikah aku, dan aku buang ke dalam tong sampah kecil di tepi meja solek.

Semakin deras tangisan, semakin keras teriakan isteri aku.

Aku pergi ke rumah bujang kawan aku. Dan sehingga kini, aku masih di rumah kawan aku.

Harini, aku pergi ke pejabat agama untuk menyelesaikan isu perceraian kami. Prosedur tetap prosedur. Doakan kekuatan untukku menghadapi semua ini.

– H (Bukan nama sebenar)

Baca Lagi:
Lelaki tak puas hati rider isi minyak RM1 selepas bagi duit, bila ditanya terkejut baki disimpan untuk beli lampin anak
Dalang isu Kampung Sri Makmur, ada wanita bagi sewa rumah 7 pintu kepada warga asing
Ini sebab kenapa Ustaz Don direhatkan daripada bersiaran di RTM