Muhyiddin selesai jumpa Agong, kembali ke kediaman Bukit Damansara

Muhyiddin selesai jumpa Agong, kembali ke kediaman Bukit Damansara

Muhyiddin selesai jumpa Agong, kembali ke kediaman Bukit Damansara. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali ke kediamannya di Bukit Damansara di sini selepas lebih 30 minit berada di Istana Negara.

Muhyiddin yang tiba kira-kira pukul 5.15 petang sempat melambaikan tangan kepada pengamal media yang menunggu di situ.

Terdahulu, Muhyiddin dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pukul 4.30 petang tadi.

Selain beliau, turut dititah menghadap ialah Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Muhyiddin selesai jumpa Agong, kembali ke kediaman Bukit Damansara

Ia susulan tiada ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti mudah untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Baca Lagi:
Tiada ahli parlimen BN yang menyokong Muhyiddin sebagai PM-10
Terkini: Anwar dititah menghadap Agong jam 4 petang
“Biar saya tengok siapa ada majoriti dahulu” – Yang di-Pertuan Agong
CATEGORIES