Muhyiddin letak jawatan Presiden BERSATU?, Ini penjelasan Ketua Penerangan BERSATU

Muhyiddin letak jawatan Presiden BERSATU?, Ini penjelasan Ketua Penerangan BERSATU

Muhyiddin letak jawatan Presiden BERSATU?, Ini penjelasan Ketua Penerangan BERSATU. Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak perlu meletak jawatan dalam parti diterajuinya walaupun dijangka didakwa di mahkamah, esok.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris ketika menegaskan perkara itu berkata, beliau juga percaya kepimpinan parti tidak akan bersetuju jika Muhyiddin ingin meletak jawatan susulan perkembangan ketika ini.

“Tidak munasabah untuk beliau meletak jawatan. Kalau beliau hendak meletak jawatan pun kita tidak setuju,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Muhyiddin letak jawatan Presiden BERSATU?, Ini penjelasan Ketua Penerangan BERSATU

Beliau menekankan, barisan kepimpinan parti tidak akan membenarkan Muhyiddin melepaskan jawatan, sama ada sebagai Presiden BERSATU mahupun Pengerusi Perikatan Nasional (PN), kerana kes dihadapinya didakwa adalah pertuduhan politik.

Muhyiddin yang juga ahli Parlimen Pagoh, kini berada di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, dan dijangka didakwa di mahkamah, esok.

Terdahulu, beliau tiba pada jam 11.18 pagi tadi dengan menaiki Toyota Alphard sebelum turun di hadapan Ibu Pejabat SPRM dan berjalan.

Bekas Perdana Menteri itu dilihat berpakaian kemeja putih dan mengenakan sut hitam serta berseluar hitam.

Kehadiran beliau itu dipercayai berkaitan siasatan SPRM berhubung program Jana Wibawa.

Baca Juga : 
SPRM sahkan Muhyiddin ditahan pukul 1 tengah hari
Netizen dah mula naik menyampah dengan Nurul Shuhada dedah tentang Hafidz Roshdi
‘Rupanya selama ini ramai yang tertipu Mamat kena ‘kick’ dari Sepah’, Jep dedah perkara sebenar yang berlaku..
CATEGORIES