Mufti Perlis buat laporan polis terima mesej ugutan isu GISBH

Photo of author

By Joe

Mufti Perlis buat laporan polis terima mesej ugutan isu GISBH. Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan berikutan mesej ugutan yang diterima oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, atau dikenali sebagai Maza, pada hari Sabtu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 8.56 pagi ketika Mufti Perlis berada di pejabatnya di Bangunan Dato Mahmud Mat, Kangar, Perlis.

Beliau menjelaskan bahawa Maza menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApp daripada nombor telefon yang tidak dikenali.

Mufti Perlis buat laporan polis terima mesej ugutan isu GISBH

Menurutnya, terdapat empat pesanan yang dihantar berkaitan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), yang melibatkan perniagaan syarikat tersebut yang tidak dapat ditandingi di negara ini.

“Bagaimanapun, beliau (Maza) tidak mengendahkan mesej tersebut, yang menyebabkan individu terbabit menghantar mesej berbaur provokasi dan ugutan.
“Beliau percaya pesanan WhatsApp itu menunjukkan satu ugutan jenayah kerana maksud kafir harbi, iaitu kafir yang boleh diperang, adalah menghalalkan darah.
“Susulan itu, Mufti Perlis telah membuat laporan di Balai Polis Kangar pada hari Sabtu untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada hari Isnin.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

Baca Lagi:
Ikan sebenarnya dahaga ke tak?, ini jawapannya yang ramai nak tahu
Pengikut GISBH tinggal nota amaran ‘Musuh-musuh kau tunggu di akhirat kelak’ di pusat latihan kuda
Polis serbu pusat latihan kuda di Terengganu, 13 ekor kuda ditemui dicop logo GISBH