MP PAS bergelar doktor bimbang Menu Rahmah berisiko penyakit kanser dan austisme

MP PAS bergelar doktor bimbang Menu Rahmah berisiko penyakit kanser dan austisme

MP PAS bergelar doktor bimbang Menu Rahmah berisiko penyakit kanser dan austisme. Mendakwa tidak ada masalah dengan jenama “Rahmah” yang diperkenalkan kerajaan, seorang ahli parlimen pembangkang mengaitkan kualiti makanan dengan kemungkinan risiko kesihatan.

Menurut Dr Halimah Ali (PN-Kapar) penyediaan makanan yang berharga rendah tidak sepatutnya sehingga menyebabkan golongan kurang berkemampuan mendapat hidangan yang bermutu rendah.

Sebagai doktor perubatan, kata wakil rakyat dari PAS itu, dia berasa bimbang dengan isu keterjaminan makanan yang terdesak sekarang dan didakwanya membingungkan kerajaan.

MP PAS bergelar doktor bimbang Menu Rahmah berisiko penyakit kanser dan austisme

“Kita tak mahu shortcut (jalan pintas), kita tak mahu kompromi daripada bekalan makanan yang low quality.

“Saya tidak ada masalah dengan istilah rahmah atau apa tetapi jangan sampai rakyat marhaen B40 diberikan bekalan makanan yang low quality dan mungkin juga menyebabkan mereka terdedah kepada kanser, autoimmune disease, kepada autisme dan sebagainya,” kata bekas exco Selangor itu kelmarin.

Halimah berkata demikian semasa berucap membahaskan titah diraja. Petikan ucapan tersebut mula menjadi tular hari ini.

Ekoran kenyataan itu sebahagian warganet menganggap Halimah terkeliru apabila mengaitkan makanan dengan masalah autisme.

Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii, turut membalas ciapan mengenai kenyataan Halimah itu dengan memintanya menjelaskan apa yang mahu disampaikan.

“Sebagai doktor perubatan, saya nak tanya, makanan apakah yang dimakan boleh mengakibatkan autisme? Tolong jelaskan..” ciapnya.

Seorang pengguna Twitter yang membalas ciapan Yii turut memberitahu bagaimana dia terkejut dengan dakwaan dibuat Halimah.

“Sebagai ibu bapa autisme, saya terkejut dengan dakwaannya. Autisme bukanlah sejenis penyakit akibat salah pemakanan, ia adalah perbezaan neurologi sepanjang hayat yang memerlukan penerimaan dan pemahaman,” kata @zaidomar18.

Menu Rahmah merupakan inisiatif dibawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan makanan lengkap pada harga maksimum RM5.

Ia mengandungi hidangan yang dilengkapi karbohidrat dari nasi, protein – seperti ayam atau ikan – dan sayuran.

Ia mula dilancakan KPDN pada 31 Jan lalu.

Menurut menterinya melalu Menu Rahmah itu orang ramai boleh menikmati makanan tengah hari dan malam pada harga RM5 di hampir 15,000 premis makanan di seluruh negara.

Ia juga mendapat kerjasama pemain pemain industri makanan termasuk Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) dan Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan komen lebih lanjut daripada Halimah.

Sumber: Malaysiakini

Baca Lagi:
Lelaki setuju hantaran RM22,222.22, selepas selesai akad nikah lelaki ceraikan isteri talak 3 depan orang ramai
Kereta Proton Saga muncul dalam siri Mr.Bean akhirnya terjawab
Lelaki ini sanggup cari ‘roadblock’ nak test aplikasi MyJPJ, tak sangka ini respon abang JPJ
CATEGORIES