MP BN akan tandatangan SD sokong PM ke-10 malam ini, Anwar minta rakyat ikuti perkembangan terkini

MP BN akan tandatangan SD sokong PM ke-10 malam ini, Anwar minta rakyat ikuti perkembangan terkini

MP BN akan tandatangan SD sokong PM ke-10 malam ini, Anwar minta rakyat ikuti perkembangan terkini. Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput orang ramai mengikuti perkembangan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang dijadual berlangsung malam ini.

Anwar yang juga Presiden PKR memaklumkan perkembangan itu menerusi entri di laman Facebook sebentar tadi.

“Ikuti perkembangan terkini susulan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
“Difahamkan, ahli BN akan bermesyuarat sekali lagi dan menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong calon Perdana Menteri ke-10,” katanya.

MP BN akan tandatangan SD sokong PM ke-10 malam ini, Anwar minta rakyat ikuti perkembangan terkini

Sementara itu, media turut dimaklumkan mesyuarat Dewan Tertinggi BN itu yang diadakan sekali lagi selepas Yang di-Pertuan Agong menitahkan 30 Ahli Parlimen gabungan itu menghadap baginda esok bagi membolehkan baginda membuat keputusan melantik Perdana Menteri ke-10.

Pagi tadi, Ahli Parlimen BN selesai bermesyuarat membincangkan isu pembentukan kerajaan dan mengambil keputusan menjadi pembangkang di Dewan Rakyat.

PH dan PN adalah dua blok parti politik yang mendapat jumlah kerusi Dewan Rakyat tertinggi pada PRU15, Sabtu lalu.

PH memperoleh 82 kerusi manakala PN 73 kerusi, masing-masing tidak cukup untuk majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

Kedua-dua blok parti itu memerlukan sokongan Ahli Parlimen mewakili gabungan parti lain, termasuk BN yang menang 30 kerusi bagi mendapat majoriti mudah sokongan 112 ahli Parlimen daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.

Baca Lagi:
Agong titah agar kerajaan perpaduan diwujudkan, tetapi Muhyiddin kata NO!
TERKINI!! YDPA akan bertemu 30 MP BN esok
Jawatan PM masih kosong dan terbuka kata Anwar
CATEGORIES